Tag: Ari Irham

(HIBURAN) FILEM SERAM FANTASI INDONESIA, ‘JAGAT ARWAH’ BAKAL BUAT PENONTON MEREMANG DI PAWGAM MULAI 27 OKTOBER INI

Kuala Lumpur, 26 Oktober 2022 – Selepas bekerjasama menerusi filem Mencuri Raden Saleh, terbaharu, Astro Shaw sekali lagi bekerjasama dengan penerbit hebat Indonesia, Visinema Pictures dengan mempersembahkan filem seram fantasi, Jagat Arwah kepada penonton Malaysia bermula 27 Oktober ini di pawagam seluruh Malaysia. Berbeza dengan filem seram yang lain, kelibat makhluk atau hantu dalam Jagat Arwah digambarkan sebagai ‘superhero’. Ini secara tidak langsung menyaksikan penerbit Visinema Pictures tidak tampil dengan filem seram yang ‘stereotype’ di mana kebiasaannya hantu sering memainkan peranan antagonis, dan dalam Jagat Arwah sebaliknya, iaitu menjadi pahlawan. Read more →