Tag: Astro Warna

(HIBURAN) Astro Warna Lancar Sitkom Terbaru, Cakap Melayulah!

IMG20140612161644

Astro Warna hari ini melancarkan sitkom bersiri terbaru, Cakap Melayulah!, terbitan Double Vision Sdn Bhd, di UNITAR International University selaku penaja lokasi sidang media. Sitkom yang dibintangi Nabil Ahmad, Shahrol Shiro, Jasmin Hamid dan Khatijah Tan ini akan mula bersiaran pada setiap hari Isnin jam 10 malam bermula 23 Jun 2014 ini di Astro Warna (Saluran 132). Read more →

(HIBURAN) Maharaja Lawak Mega 2013 Kembali! RM500,000 jadi rebutan

IMG_9428

Diakui sebagai pentas terulung yang mengangkat kehebatan pemain komedimterbaik di rantau ini, Maharaja Lawak Mega 2013 kembali dengan menampilkan barisan peserta dan kolaborasi terbaru untuk edisi kali ini. Dengan mengekalkan format lama iaitu turut menampilkan peserta dari negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia, seramai 13 barisan pelawak akan beraksi secara automatic di gelanggang MLM 2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, Saywho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ Dalam pada itu sebanyak 12 peserta lain iaitu Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2Yol, Gerak dan Keross akan melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM bagi menentukan siapakah tiga peserta layak yang akan bertanding ke program tersebut. Pemilihan peserta itu akan disiarkan pada 8 November depan pada pukul 10 malam di saluran Astro Warna.  Read more →

(HIBURAN) Anugerah Lawak Warna

IMG_2580

Astro Warna merupakan saluran komedi pertama di Malaysia yang begitu sinonim dengan program-program komedi dan lawak jenaka. Sejak dilancarkan pada  1 Jun 2009, Astro Warna sentiasa komited dalam usaha memartabatkan yang terbaik daripada komedi Malaysia. Terbaru, buat julung kalinya Astro Warna hadir dengan inisitif penganjuran Anugerah Lawak Warna yang dijangka berlangsung dalam suasana penuh berprestij bertempat di Istana Budaya pada 16 Ogos nanti dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika. Read more →