Tag: BARU

(HIBURAN) JANJI buah tangan terbaru Kumpulan HIJJAZ

IMG_7121

Setelah hampir 3 tahun kumpulan nasyid terkenal HIJJAZ tidak mengeluarkan album penuh, akhirnya pada tanggal 9 Julai 2013 bersamaan 30 Syaaban 1434H sehari  sebelum umat Islam di Malaysia melaksanakan ibadat puasa, maka lahirlah album terbaru dari kumpulan ini untuk para peminat mereka yang sekian lama menunggu. Album JANJI yang berkonsep pop-rock ini memuatkan 9 buah lagu baru turut memuatkan lagu lama yang diberikan suntikan baru yang lebih segar dan bertenaga. Antara lagu yang dimuatkan di dalam album JANJI ini antaranya ialah Kau Pemilik Cinta, Janji Khalifah, Laukana Bainana, Hanyalah Iman, Pemimpin 3 Darjat, Penghulu Syurga, Harapan Ummah, Akulah Pencinta dan Pemula Langkah. Read more →

(SEMASA) Izara Aishah wajah baru InnerShine

IMG_3476

Keberkesanan InnerShine® Pati Prun untuk menjaga kecantikan kini dipertingkatkan lagi dengan zat dan ramuan detoksifikasi tambahan melalui formula barunya yang diperkaya dengan buah Camu Camu dari hutan hujan Amazon yang digelar buah berkualiti tinggi (superfruit) kerana kehebatannya. Tiga ramuan utamanya, Camu Camu, Maltodekstrin Resistan dan pati prun California, mengandungi Vitamin C semula jadi yang optimum untuk menyihatkan badan serta menyerikan kulit dengan meningkatkan kelancaran penghadaman dan proses detoksifikasi. Inovasi ini menjadikan  InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu minuman kecantikan yang lebih baik untuk anda. Read more →

(HIBURAN) Komedi baru ‘Mak Lang Datang Kompang Bergendang’ di TV3

nabil lagi

CABARAN MAK LANG MENCARI CALON ISTERI “PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR”

Petaling Jaya, 11 Januari 2013 – Bila bercakap soal jodoh, ramai yang memilih untuk berusaha sendiri atau tentukan pasangan hidup sendiri. Namun, apabila si ibu yang sudah tidak sabar untuk mencarikan calon isteri untuk anaknya malah meletakkan syarat bahawa bakal menantunya haruslah dilengkapkan dengan ciri-ciri seorang ‘Perempuan Melayu Terakhir’, apakah yang akan terjadi nanti?

Menerusi slot Senda Pagi, saksikan drama bersiri komedi baru ‘Mak Lang Datang Kompang Bergendang’ yang sudah menemui para penonton TV3 mulai 7 Januari 2013, setiap hari Isnin jam 10.00 pagi. Drama bersiri 13 episod terbitan Pujangga Kreatif Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh M.Nazir Juhan (Jet Lee) dengan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Fauziah Nawi, Nabil Ahmad, Leez Rosli, Norman Hakim, Norseha, Wan Raja, Acong, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Read more →

(HIBURAN) HALA TUJU BARU ntv7

NTV7small

2013 bawa definisi baru kepada Saluran Ceria Anda – Sasaran tersendiri dan lebih komprehensif

Siapa menyangka Saluran Ceria Anda, ntv7 kini mencecah usia 15 tahun pada tahun 2013. Selama 15 tahun jugalah saluran itu telah cuba sedaya upaya menghasilkan kandungan-kandungan bermutu dan cuba menarik perhatian lebih ramai penonton saban tahun. Seiring dengan sambutan ulang tahunnya yang bakal tiba, ntv7 mengatur percaturan dengan memperkuat kedudukannya sebagai antara peneraju utama rangkaian televisyen serta menawarkan rancangan berkualiti yang bakal menarik seisi keluarga untuk setia menonton rancangan-rancangannya tanpa jemu. Read more →