Tag: berkerjasama menyediakan perlindungan

(SEMASA) MYDIN dan AmMetLife Takaful berkerjasama menyediakan perlindungan Takaful Unik untuk ahli kad iMeriah MYDIN

13 Disember 2017, Kuala Lumpur Mydin Mohamed Holdings Bhd bekerjasama dengan AmMetLife Takaful Berhad (AmMetLife Takaful) melancarkan perlindungan Takaful iMeriah eksklusif untuk ahli Kad Meriah MYDIN yang layak di seluruh negara. Program Kesetiaan dan Ganjaran MYDIN memperkenalkan iMeriah sebagai penghargaan kepada pelanggan setia yang menyokong Mydin Mohamed Holdings Bhd selama ini. MYDIN adalah perintis di Malaysia yang memperkenalkan idea seperti ini, dimana ia menyediakan perlindungan bulanan dalam bentuk barangan keperluan kepada ahli Kad Meriah yang berbelanja di MYDIN seluruh negara. iMeriah adalah pelan Takaful patuh syariah yang unik dan inovatif, diuruskan oleh AmMetLife Takaful yang menyediakan perlindungan terhadap kematian dalam bentuk manfaat barangan keperluan yang menggantikan manfaat wang tunai. Read more →