Tag: bersama

(SUKAN) LARI BERSAMA LEBIH 80 SELEBRITI TERKENAL DI LARIAN AMAL FEEL GOOD RUN 2013!

FGR 2013 - Celebs Group Pic

Menyertai larian yang melibatkan ramai orang awam di pagi hari pastinya menyeronokkan tatkala semua orang berkongsi perasaan ceria dan detik gembira bersama keluarga mahupun sahabat handai. Malah di dalam larian sebegini juga anda boleh menemui rakan baru yang berkongsi minat yang sama. Larian amal Feel Good Run 2013 yang dijadualkan pada 7 Julai di Sri Pentas nanti pastinya merupakan medan pertemuan terbaik buat semua pelari untuk saling bergembira bersama kenalan baru atau rakan karib. Lebih menarik larian itu juga bakal menyaksikan para selebriti tempatan turut serta berlari bagi memeriahkan lagi acara yang dinanti-nantikan itu. Read more →

(SEMASA) KONSERT MALAM AMAL BERSAMA 3 DIVA

COVER WEB LATESTLYcropMalam Amal Bersama Tiga Diva melibatkan Datuk Sharifah Aini, Datuk Khadijah Ibrahim dan Uji Rashid bakal menyaksikan ketiga-tiga penyanyi legenda itu beraksi buat pertama kali di atas pentas sama.  Bersempena Hari Ibu, tiga biduanita negara ini  akan membuat penampilan istimewa dengan menghiburkan ibu-ibu tunggal di majlis Malam Amal Bersama 3 Diva nanti. Majlis penghargaan untuk kaum ibu itu dianjurkan oleh Kaizen Asia seiring dengan pelancaran produk kosmetik keluaran Kaizen Cosmetics yang diberi nama ‘Anje’. Majlis itu akan berlangsung pada 12 Jun depan pada pukul 8 malam di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Read more →

(HIBURAN) ASMIDAR Dekat Di Hati bersama Ibu-ibu Tunggal TV9

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pada tanggal 4 Januari yang lalu, Asmidar telah membuat persembahan di sebuah majlis anjuran TV9, Dekat Di Hati bersama Ibu-ibu Tunggal. Majlis ini bertempat di Hotel Granada, Nusajaya, Johor Bahru 🙂

Read more →

(SEMASA) ‘Sepetang Bersama Buletin Utama’

IMG_3362

BULETIN UTAMA memainkan peranan menyampaikan berita merangkumi hal ehwal nasional, antarabangsa, perniagaan, sukan dan politik. Ia telah menjadi wadah berita nombor satu negara sejak penubuhan TV3 pada bulan Jun 1984. Disiarkan selama sejam setiap hari dari 8.00 hingga 9.00 malam, ‘Buletin Utama’ secara purata berjaya menarik 2.9 juta penonton. Menggabungkan wajah-wajah lama dan baru, antaranya, Nasharudin Tajudin, Kamarudin Mape, Norliza Md Zain, Azwaliza Azman, Izwan Azir Salleh, Pang Chinn Fei, Saiful Nizam Ismail, Hasnida Hanim Ahmad Kamil, Nur Jamalina, Mior Abdul Malek, Gina Woon, Abu Bakar Atan, Hazlin Hussain dan Nurnadia Mat Zuber, BULETIN UTAMA komited untuk terus memaparkan persembahan berita yang tersendiri dalam laporan dan segmen baru. Read more →

(HIBURAN) Street Party Countdown 2013 Bersama Sungei Wang Plaza

IMG_1821GMO

 

Sungei Wang Plaza akan mengadakan sambutan perayaan tahun baru 2013 di kawasan letak kereta bersebelahan Sungei Wang Plaza pada 31 Disember 2012 (Isnin) bermula jam 9.30 malam. Sambutan ini merupakan kerjasama dengan penaja-penaja lain seperti DIGI, KOSAWA, magnum dan Shizens manakala MY FM dan ASTRO  menjadi radio dan televisyen rasmi untuk sambutan ini , juga disokong oleh Melody FM. Antara artis luar negara dan tempatan yang bakal memeriahkan sambutan ini ialah FAMA (Hong Kong), Jeno Liu (China), Peter Pan (Taiwan), Aric Ho, VC Tan, Meeia Foo, Eric Lin, Hao Ren< Pink Tan, GINA, Andrian Tan dan Alvin Chong. Read more →