Tag: Dengan

(SEMASA) Ricoh Imaging Co. tampil dengan lensa terbaiknya dengan pelancaran Pentax K-3.

Mr. Takashi Arai, Mr. Ryota Shimamoto, Mr. Jeffrey Ng & Ms. Rissa ChanGMO

Ricoh Imaging Co. memperkenalkan siri DSLR  terbarunya, Pentax K-3 yang diperincikan dengan fungsi simulator anti-aliasing – inovasi hebat yang dicipta khusus untuk K3.  Ia semestinya berita baik kepada jurugambar professional dan peminat dunia fotografi yang ingin mengurangkan kesan beralun pada imej secara efektif tanpa perlu memasang penapis optikal anti-aliasing pada kamera.Inovasi canggih itu member pilihan kepada pengguna sama ada menggunakan penapis atau tidak sewaktu merakam pemandangan dan objek. Read more →

(SEMASA) Ford Fiesta Baharu Memulakan Debut di Malaysia dengan Parti Pelancaran yang Cukup Meriah

10014200164_d0a4d8e199_csmall

Ford telah melancarkan Ford Fiesta baharu dalam parti yang turut disertai oleh pemuzik terkenal di kampus the Taylors University Lakeside. Pengenalannya dibuat penuh gaya bersama konsert the hitz.fm Birthday Invasion LIVE dengan lebih 10,000 pengunjung dijangka hadir. Pelancaran parti ini merupakan usaha inovatif Ford dalam mengadakan majlis pelancaran kereta. Ia menghubungkan sifat  kenderaan yang seronok dipandu serta personaliti penuh semangat untuk golongan sasar yang muda dan pintar teknologi. Read more →

(HIBURAN) “TULUS” …menyatukan Aril dan Terry

IMG_9956

Perjalanan karier seni bekas Naib Juara Akademi Fantasia 7, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus , 28 tahun dalam industri hiburan tempatan masih rancak. Walaupun sibuk dengan tugas baru sebagai penyampai di stesen radio ERA FM sejak Ogos lalu, Aril baru sahaja tampil dengan sebuah lagu duet terbaru berjudul ‘Tulus’ , hasil kolaborasi dengan penyanyi  yang berasal dari Indonesia, Terry. Penyanyi yang di bawah label Sony Music Indonesia itu sebelum ini pernah merakamkan kembali lagu Aishah yang berjudul ‘Janji Manismu’ dan popular dengan lagu hitsnya ‘Butiran Debu’. Read more →

(SEMASA) PENCARIAN ‘BAKAT JoHaRa’ 2.0 KEMBALI DENGAN WANG BESAR!

image002 (1)

Pendengar setia ERA fm sangat bertuah! Kerugian bakal di alami oleh anda sendiri jika anda tidak mencuba nasib untuk bergelar juara Bakat JoHara pada tahun ini. Sekali lagi ERA fm mencari bakat – bakat yang hanya menggunakan suara anda sahaja. Paling  menarik, pendengar berpeluang memenangi sejumlah wang yang sangat lumayan!

Jika tahun lalu, seorang pemenang telah dinobatkan sebagai juara Bakat JoHaRa edisi pertama. Pada tahun ini, ERA fm memberikan RM 50, 000 untuk pendengar yang bakal bergelar juara Bakat JoHaRa! Read more →

(HIBURAN) Album Pedoman 2 – genre kerohanian dengan citarasa terkini

IMG_8543Album Pedoman 2 menggabungkan semula rakan-rakan seangkatan penyanyi Dato Sri Raja Rezza Shah seperti Ahmad Fauzee, Ebby Saiful, Nassier Wahab dan Dato Syed Sobri. Ia merupakan kesinambungan album Pedoman yang pernah dilancarkan pada tahun 1996. Terdapat 12 lagu dimuatkan di dalam album Pedoman 2 ini yang merupakan hasil karya dan gubahan muzik Fauzi Marzuki, Habsah Hassan, Melly Goeslow, Akhbar Nawab, Datuk Sharifah Aini, S. Atan dan ramai lagi. Read more →