Tag: era fm

(HIBURAN) ERA fm RAIKAN ULANGTAHUN YANG KE 15

IMG_0735

Tanggal 1 Ogos  titik bersejarah buat radio yang popular dengan tagline Muzik Hit Terbaik ini! Kerana, ERA fm pada tahun ini genap berusia 15 tahun! ERA fm, salah sebuah radio yang beroperasi di bawah payung Astro Radio, mencatat sejarah kerana menjadi stesen radio swasta pertama bersiaran dalam Bahasa Malayu sejak ditubuhkan pada 2008.  Terbukti, radio yang mempersembahkan pelbagai program menarik menepati citarasa pendengar masa kini, masih lagi menjadi pilihan masyarakat Malaysia berumur 18 hingga 34,  apabila dapat mengekalkan takhta mereka sebagai stesen radio nombor satu sehingga hari ini.  Bersempena bulan yang mulia ini, pelbagai acara menarik bakal di sampaikan khas oleh keluarga serta barisan penyampai – penyampai ERA fm bagi menyemarakkan lagi lebaran pada tahun ini. Read more →