Tag: Festival

(HIBURAN) Pelancaran Album ” Bingkisan Aidilfitri ” & Kemuncak Festival Ramadan 2013

IMG_8631crop

4 Ogos 2013 – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKNN) dengan kerjasama Universal Music hari ini melancarkan album ”Bingkisan Aidilfitri” yang menghimpunkan 15 lagu raya baru bagi meraikan kedatangan Syawal tahun ini. Pelancaran album itu disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Dr Ong Hong Peng dan turut hadir ialah wakil Universal Music Malaysia, Kamaluddin Mohd Kassim. Ketua Pengarah JKNN Datuk Norliza Rofli berkata penerbitan album itu adalah untuk memperkayakan koleksi lagu raya yang diharap berupaya menjadi lagu raya sepanjang zaman seperti lagu dendangan penyanyi Tan Sri P. Ramlee, Saloma dan Sudirman yang wajib didengar setiap kali raya. “Lagu raya lama menjadi satu kewajipan bagaimanapun kami tidak menyerah kalah dan berharap lagu daripada album ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat ekoran kekuatan susunan melodi, muzik yang segar dan lirik yang mudah. “Genre yang ada dalam album ini juga mengandungi  joget, pop, rock alternatif, r&b, kontemporari dan sesetengah lagu mengingatkan kita kepada era 70-an dan 80-an kerana gaya penciptaan komposer yang lahir pada era itu,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran album itu di Dewan Bandaraya di sini hari ini. Read more →

(SEMASA) Festival Ramadan 2013

150446_10151708540858150_1963095023_nsmall

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) selaku Urus Setia Festival Ramadan akan mengadakan  program Ziarah Sahur, Jom Buka Puasa & Peragaan Busana Muslimah sempena Festival Ramadan 2013 yang akan berlangsung seperti berikut : Read more →