Tag: Filem

(HIBURAN) Filem “Kisah Paling Gengster”

poster SMALLcrop

Sinopsis :

Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan, dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata: Remy seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namum setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster… lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar… Read more →

(HIBURAN) “Malam Penuh Bermisteri” filem 3D seram beranimasi pertama di Malaysia

For Magazinecropsmall

MALAM ialah sebuah cerita yang mempaparkan kisah benar dengan subject positif.
Ia mengisahkan tentang seorang gadis university yang kaya & cantik ( Lisa) yang telah
menghilangkan diri dan ayahnya (Dato’ Rahim) seorang VIP yang terkenal risau apabila
anaknya tidak pulang ke rumah seperti biasa. Read more →

(HIBURAN) ASTRO LANCAR SALURAN BARU A-LIST TAYANGKAN RANGKAIAN FILEM YANG MEMENANGI ANUGERAH DAN DIIKTIRAF

IMG_0391

Adakah anda sudah bersedia untuk berada di dalam senarai ‘A-List’? Kini para penggemar filem berpeluang untuk merasai pengalaman tontonan yang berbeza dengan pelancaran saluran A-List, yang merupakan saluran berdefinisi tinggi (HD) terbaru daripada Astro yang bakal menyiarkan variasi filem antarabangsa dan serantau terbaik yang pernah memenangi pelbagai anugerah perfileman. Saluran A-List akan disiarkan di Astro saluran 456 bermula dari 1 Oktober 2013. Read more →

(HIBURAN) Sidang Media dan Prebiu Filem “Dampak”

IMG_5015
Sidang Media dan Prebiu Filem “Dampak” bersama Pengarah, Penerbit dan Pelakun Pelakon Utama filem tersebut. Filem aksi terbitan Apes Haus dan Ops Picture Sdn Bhd dan di bawah arahan Lai Yuk L樂威壯
ong ini, menampilkan pelakon- pelakon A- List Malaysia seperti Aaron Aziz dan  Farid Kamil, serta  bintang bintang paling popular di tanahair iaitu Intan Ladyana, Cat Farish, Juliana Evans dan Scha Alyahya. Filem ini juga dibintangi oleh pelakon, model dan penggiat  seni  mempertahankan diri berbangsa Cina, Michael Chin. Filem “Dampak” yang amat dinantikan ini akan ditayangkan di pawagam pawagam serantau negara dari 19hb September 2013. (more…)

(HIBURAN) Pelancaran Lagu Tema Filem “VIKINGDOM” Dendangan Kumpulan MOJO

IMG_9553

Kumpulan yang terkenal menerusi lagu Andaiku Bercinta Lagi, MOJO  telah diberi penghormatan besar oleh pihak KRU Studios untuk menyampaikan lagu tema filem Vikingdom berjudul Dark Clouds. MOJO merupakan sebuah ‘Super-Band’ yang terdiri daripada Aweera (bekas finalis OIAM) selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer/penerbit ternama, Edry sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), dan pemain drum, Johar (anggota kumpulan Tilu dan bekas beberapa kumpulan Indie). Demi untuk mengeksplorasi visi muzik masing-masing, 4 pemuzik serba berpengalaman telah bergabung untuk menubuhkan sebuah kumpulan ‘Super-Band’ yang mempertaruhkan konsep ‘Synth-Rock’ sebagai identiti. Read more →