Tag: Hadiahkan

(HIBURAN) Hazama Hadiahkan ‘Aku Bukan Dewa’ Istimewa Untuk Peminat

“Walau Aku Bukan Dewa, Kalis Calar dan Luka, Bebas Dari Cedera, Namun Aku Masih Muda, Darahku Yang Merah Menyala, Buat Ku-Seperkasa”.. Berikut adalah bait lirik lagu single terbaru Hazama berjudul ‘Aku Bukan Dewa’. Lagu yang mengangkat genre muzik progresif pop rock ini merupakan single kedua Hazama untuk tahun ini selepas ‘Aku Yang Sebenar’ yang dilancarkan pada bulan April lalu. Sama seperti ‘Aku Yang Sebenar’, single kedua Hazama ‘Aku Bukan Dewa’ ini turut mendapat sentuhan dari Ad Samad selaku penulis lirik dan Taja (Meet Uncle Hussein) & Hazama pula bertindak sebagai komposer. Istimewanya lagi, Hazama turut bekerjasama dengan penyanyi rap tersohor tanah air, Altimet dalam menjayakan single ini. Read more →