Tag: HANYA TANYA

(HIBURAN) RICO SETIABUDI MENGGAYAKAN ESTETIK 80-AN DENGAN ‘HANYA TANYA’

Hanya Tanya adalah sebuah lagu dendangan Rico Setiabudi, seorang artis asal Singapura, yang merupakan single pertama beliau bersama Luncai Emas Sdn Bhd. Sebagai artis beliau pernah melancarkan 3 buah single secara independen berjudul Teman Imaginasi, Tanya Lagi Ok? dan Bisikan Hati. Ditulis secara keseluruhan oleh Rico sendiri, lagu ini dihasilkan atas kolaborasi antara beliau dan Rayhul Firdaus, abang beliau dan seseorang yang telah biasa bekerjasama dengan beliau dalam karya-karya beliau yang lain. Begitu juga dengan Rifaah Ridzuwanulhakim, abang beliau yang merupakan produser kepada lagu Hanya Tanya dan juga pembikin video lirik yang sedia dilayani di Youtube sekarang. Ketiga adik-beradik ini sering berkolaborasi dan mengeluarkan karya bersama  dalam pelbagai perkara yang melibatkan seni seperti konten video dan muzik. Read more →