Tag: (HIBURAN) KITA

(HIBURAN) KITA – Ernie Zakri, Ara Johari , Usop & Putera Muhammad

‘KITA’ merupakan sebuah lagu berunsurkan kerohanian hasil ciptaan Ziin. Idea asal bagi projek ini adalah terdetik daripada ketua label Music Rocketfuel sendiri iaitu En Feros Sayna . “Kita”  juga merupakan buah tangan terbaru daripada Rocketfuel Entertainment kepada seluruh rakyat Malaysia bagi berkongsi rasa akan peristiwa yang sedang melanda negara kita bahkan satu dunia dan memberi kesan kepada semua golongan masyarakat. Kita juga terpaksa menjalani ibadah berpuasa kali ini dengan kelaziman yang baharu. Namun semua itu bukan penghalang untuk kita mencari cebisan nikmat dalam kepayahan dan melahirkan kesyukuran.  “Kita” juga merupakan sebuah tanda penyatuan semua umat dan agama di seluruh dunia dalam menghadapi pandemik yang sedang berlaku lebih-lebih lagi pandemik ini melanda pada bulan yang sungguh mulia. Read more →