Tag: House Hits

(HIBURAN) Dua Persembahan Tambahan Untuk Hi-5 House Hits 2014 Bagi Memenuhi Permintaan Yang Luar Biasa

Hi4-poster20x30

Kumpulan muzik kanak-kanak paling laris, Hi-5 diakui sangat  popular di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Sejak tarikh persembahan. Hi-5  House Hits 2014 Live in Malaysia diumumkan penghujung September lalu, sambutan  yang diterima daripada peminat tempatan sangat menggalakkan dan mencetuskan  fenomena. Bagi memenuhi permintaan mereka yang ingin mendapatkan tiket  persembahan kumpulan berkenaan, penganjurnya, Hi-5 Operations telah menambah dua lagi persembahan iaitu pada jam 11 pagi, 11 Disember dan 6 petang untuk persembahan 14 Disember dan menjadikannya 11 persembahan untuk tontonan khalayak. Ini merupakan sebuah berita yang sangat menggembirakan dan melegakan buat kanak-kanak dan juga ibu bapa mereka apabila mempunyai peluang keemasan untuk merasai sendiri pengalaman dihiburkan dengan persembahan unik dan muzikal yang penuh ekstravaganza. Read more →