Saat menutup Tur SAMA SAMA di Bogor pada 24 Mei lalu, salah seorang pemuzik yang membuat pertunjukan muzik ini berlangsung hangat dan menerima sambutan luar biasa telah berjanji. “Khabar baiknya adalah kami akan melanjutkan perjalanan. Kita bakal pergi ke Malaysia,” ujar Tulus tentang Tur SAMA SAMA yang telah berlangsung di empat kota di Indonesia. Malaysia, khususnya di Idea Live Arena akan menjadi destinasi perdana di Kuala Lumpur dan kelima dalam siri Tur SAMA SAMA yang ‘dihidupkan’ lima pemuzik hebat iaitu Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi, Idgitaf. Read more →
