Tag: KAMPUNG AKU LIT

(HIBURAN) LIL J DARI BANDAR KE KAMPUNG BERSAMA BUNGA DAN KIDD SANTHE DALAM KAMPUNG AKU LIT

Lil J merupakan bintang rap yang mula meningkat naik. Lil J merupakan salah seorang penyanyi rap yang dicungkil bakatnya oleh Joe Flizzow menerusi program 16 Baris yang sedang hangat diperkatakan. Kebolehan Lil J dalam menulis lirik, menyanyi rap dan mencipta lagu berjaya membuka mata Rocketfuel Entertainment untuk mengambil beliau sebagai artist rakaman. Sebelum ini Lil J  memperkenalkan dirinya kepada pencinta muzik tempatan dengan lagu yang berjudul Bestfriend kini Lil J lahir dengan single kedua nya berjudul ‘ Kampung Aku LIT ‘ . Gabungan bersama seorang lagi gadis yang juga ditemui melalui program 16 Baris akan lebih memberi seri dalam lagu ini.  Bunga yang dikenali sebagai gadis melayu yang bertudung dan berbaju kurung namun memilih kerjaya sebagai serong rapper menjadikan lagu ini lebih unik. Kidd Santhe pula lebih dikenali apabila semenjak beliau tampil dalam duet bersama Meerfly dan MK dalam lagu Ha Tepok. Beliau juga pernah menerbitkan album bersama Gard dalam album “API”. Read more →