Tag: Kat Hassan

(HIBURAN) Showcase Amal Kat Hassan

Kat Hassan atau lebih dikenali sebagai Kat Mentor  telah  mengadakan showcase amal yang telah berlangsung  di The Venue , Pavillion, Kuala Lumpur.  Mula membabitkan diri secara serius dalam bidang nyanyian selepas menyertai program realiti TV anjuran TV3, Mentor pada tahun 2006 dan showcase ini merupakan persembahan terbesarnya sepanjang enam tahun bergelar artis. Selain daripada Kat, penyanyi wanita ini juga turut menjemput artis baru di bawah naungannya, Deanna Sofia untuk berduet bersama dalam showcase ini . Persembahan ‘showcase’ yang bertujuan mengumpul dana ini telah disumbangkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM). Kutipan sumbangan ialah melalui hasil bidaan jam tangan berjenama SWATCH dan juga album Kat Hassan. Sumbangan ini telah diserahkan kepada Naib Pengerusi PBSM Kebangsaan yang juga Setiausaha Agung Kehormat Kebangsaan, Datuk Dr Noordin Ab Razak yang turut hadir memeriahkan showcase tersebut. Read more →