Tag: KESINAMBUNGAN KEMPEN

(HIBURAN) KESINAMBUNGAN KEMPEN MERIAH BERSAMA DI SALURAN KHAS ‘RAYA HD’ ASTRO

 

PETIKAN KENYATAAN RASMI WAKIL ASTRO
 

Dato’ Khairul Anwar Salleh,

Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro

 

“Musim perayaan adalah masa terbaik untuk mempertautkan kembali silaturahim dan ikatan persaudaraan menerusi tradisi ziarah dan saling berkunjungan. Tradisi meluangkan masa berkumpul di samping keluarga tercinta dan sahabat handai sambil menonton pelbagai aneka rancangan hiburan di televisyen atau menerusi gajet pilihan di ruang digital juga sudah menjadi keperluan yang wajib dibuat bersama-sama.

 

Memanfaatkan semangat kemeriahan dan kebersamaan ini, Astro menyemarakkan lagi pengisian kempen ‘Meriah Bersama’ dengan menghimpunkan program-program terhebat merangkumi rancangan hiburan, kandungan premium dan digital termasuklah liputan sukan dan berita di kesemua platfrom yang kami miliki. Sebagai tanda penghargaan, kami bawakan juga saluran ‘Raya HD’ istimewa untuk semua para pelanggan tanpa sebarang bayaran tambahan sepanjang Syawal. Pastinya sambutan raya pada tahun ini akan lebih bermakna dengan penawaran kandungan Astro yang amat komprehensif.

 

Tidak dinafikan, iklan komersial juga merupakan antara perkara yang sering menjadi perhatian ramai dan cukup dinantikan setiap kali musim perayaan. Oleh itu, Astro tidak ketinggalan membawakan sebuah lagi kisah menarik yang dizahirkan dalam bentuk filem pendek sebagai tradisi tahunan. Intipati tema ‘Meriah Bersama’ menerusi kisah ‘Gara Raya Paling Ori’ juga turut diterjemahkan dengan penuh kreatif dan sarat dengan mesej yang cukup dekat dengan masyarakat kita.” Read more →