Tag: KOMUNITI ORANG ASLI

(SEMASA) KIDZANIA CONGREZZ 2016 ANJURKAN PROGRAM PERKONGSIAN ILMU DENGAN KANAK-KANAK DARIPADA KOMUNITI ORANG ASLI DALAM PROGRAM AMAL ‘CARING PROJECT’

kidzania-congrezz-caring-project-1_lr

Port Dickson, 25 September 2016 – Bersempena sambutan Hari Malaysia baru-baru ini, KidZania CongreZZ 2016 telah menjayakan program amal di Kampung Orang Asli Bukit Kepong hari ini. Inisiatif yang bertujuan untuk memupuk nilai hormat-menghormati dan kesefahaman di antara etnik-etnik berlainan ini melibatkan sesi perkongsian budaya dan pengetahuan di kalangan kanak-kanak yang mengambil bahagian. Program ini adalah sebahagian daripada KidZania CongreZZ ‘Caring Project’, sebuah usaha Tanggungjawab Sosial Korporat oleh ahli CongreZZ Kidzania Kuala Lumpur, sebuah pusat pembelajaran bertema tertutup di Malaysia yang pernah memenangi anugerah. Read more →