Tag: Magseven

(SEMASA) Magseven Papar Kandungan Berkualiti dan Menarik di NTV7

 image006

Bukan mudah untuk menghasilkan kandungan yang berkualiti dan memberi manfaat besar kepada para penonton. Genre dokumentari khususnya lebih banyak dihasilkan oleh produksi luar negara berbanding hasil tempatan. Lantas ntv7 meneruskan objektif dalam memberi informasi berguna dan menyampaikan kupasan isu-isu menarik kepada para penonton menerusi Magseven sebuah siri dokumentari menarik terbitan Saluran Ceria Anda. Malah, kerana pengisiannya yang berbeza, padat dengan informasi berguna dan sentiasa relevan, siri rancangan dokumentari khas Magseven kini memasuki tahun ketiga penerbitannya bermula Mac 2013 lalu. Musim terbaru rancangan ini tetap bersiaran setiap hari Selasa jam 7.30 malam di ntv7. Read more →