Tag: Malaysia

(SEMASA) BlackBerry Smartphone Q10 boleh didapati di Malaysia pada 15 Mei

IMG_0863

BlackBerry  Q10 merupakan telefon pintar yang mempunyai BlackBerry klasik Keyboard QWERTY terbaru yang bakal masuk ke pasaran. Telefon pintar ini boleh didapati daripada semua pengedar telekomunikasi yang sah di Malaysia iaitu Celcom dan Maxis bermula pada 15 Mei, 2013. Pelanggan Celcom boleh membuat  pra-pesanan daripada pihak Celcom bermula 8 Mei 2013. Read more →

(HIBURAN) ” Konsert Nusantara ” ikatan budaya Malaysia & Indonesia

IMG_7721resizeGMO

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia & Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesia (YIRMI) telah menganjurkan Konsert Nusantara 2013 bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia YB Dato’ Seru Utama Dr Rais Yatim bersama wakil Bapak Menteri Kebudayaan Indonesia. Konsert ini akan berlangsung pada 7 – 9 Mac 2013, 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya. Persembahan kebudayaan dari Indonesia melibatkan suku kaum bangsa Bugis, Batak, Mandailing, Boyan dan Minangkabau dan artis popular yang turut serta ialah Elly Kassim, Rossa dan Endang S Taurina. Manakala persembahan kebudayaan dari Malaysia pula adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Yusni Hamid, Dato’ M. Nasir, Ziana Zain, Hafiz, Black, Stacy, Bob Yusof dan Yazer. Read more →

(SUKAN) “VIEWING PARTY” THAILAND LAWAN MALAYSIA SEMPENA KEJOHANAN BOLA SEPAK ASIA TENGGARA (AFF) 2012

Seperti sedia maklum, Harimau Malaya gagal ke peringkat akhir di kejohanan bolasepak AFF 2012, namun begitu sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi menjurus kepada penganjuran “viewing party’ oleh pihak Tv3 dan TM.  Sempena kempen ‘Kami Team Malaysia’ kerjasama antara TV3 dan Telekom Malaysia Berhad (TM), “Viewing Party” Thailand lawan Malaysia telah diadakan di Restoran RASTA, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur menampilkan artis popular tanah air, antaranya, Shah Iskandar, Izzue Islam, Fezrul Khan, Alex Yanz, Zalif Sidek, Nad Zainal dan Eina Azman. Read more →

(HIBURAN) Festival Filem Asia Pasifik ke 55 (APFF55)

Festival Filem Asia Pasifik ke 55 (APFF55) bakal diadakan untuk kali yang ke 55 di Macau, China bermula 13hb – 16hb Disember 2012.  APFF adalah salah satu festival filem antarabangsa yang tertua di dunia dimana ia adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh FPA sejak tahun 1954 di Tokyo. Malaysia merupakan salah satu ahli daripada 23 buah Negara yang menyertai APFF dimana Kuala Lumpur pernah menjadi tuan rumah bagi festival ini sejak  tahun 1959 dan yang terakhir pada tahun 2005.  Read more →

(SUKAN) AFF Suzuki Cup 2012

AFF Suzuki Cup is a biennial football competition organised by the ASEAN Football Federation and contested by the national teams of Southeast Asia. Read more →