Tag: Media Prima Labs

(SEMASA) Media Prima Labs Lancar Permainan Mudah Alih J Revolusi – Permainan 3D ‘First Person Shooter’ Berdasarkan Filem Yang Pertama di Malaysia Pamer Grafik Menarik

Kuala Lumpur, 17 Januari 2017 –  Media Prima Digital menerusi cabang digitalnya, Media Prima Labs sekali lagi berazam mahu mencetuskan fenomena tersendiri dalam pasaran permainan tempatan menerusi pelancaran aplikasi permainan mudah alih terbaru, J Revolusi. Kita telah melihat beberapa permainan dengan konsep tembak-menembak di Malaysia tetapi Media Prima Labs kali ini menawarkan pengalaman permainan ‘First Person Shooter’ dengan latar 3D yang canggih serta Misi Operasi Khas. Permainan J Revolusi penuh dengan aksi di mana ia merupakan permainan ‘FPS’ pertama di Malaysia yang diilhamkan berdasarkan filem. Pemain boleh memilih di antara karakter Eddie atau Jay yang bertugas di dalam Skuad Khas Elit Malaysia. Permainan mudah alih J Revolusi menterjemah ceritera filem J Revolusi ke dalam sebuah dunia yang penuh interaktif di mana para pemain berpeluang merasai sendiri pengalaman berada dalam skuad elit tersebut. Filem J Revolusi yang menjadi inspirasi permainan ini pula akan menemui penonton di seluruh pawagam tanahair 2 Mac 2017 ini. Read more →

(HIBURAN) SYAWAL DIRAIKAN DENGAN PENUH KESYUKURAN

IMG-20160616-WA013Kuala Lumpur, 16 Jun 2016 – Kempen Syukur Selalu anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad diteruskan lagi untuk tahun kedua bagi meraikan bulan Ramadan dan Syawal ini. Kempen Syukur Selalu yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh orang ramai telah memulakan penjelajahan aktiviti bazarnya ke Sungai Petani, Kedah pada 11 Jun lalu, diikuti dengan Johor Bahru, Johor pada 18 Jun ini. Read more →