KUALA LUMPUR, 12 Januari 2018 – Penyanyi lelaki bersuara emas kelahiran Kuching, Sarawak dan merupakan juara program televisyen realiti terbitan Astro yang popular iaitu Akademi Fantasia musim ke-7 pada tahun 2009, Mohd Hafiz Mohd Suip, 27, atau lebih terkenal dengan nama Hafiz Suip kembali menghangatkan industri muzik Malaysia dengan single terbaharu setelah hampir dua tahun menyepi. Kini, mempertaruhkan genre pop dan lari dari genre kebiasaan iaitu balada, Hafiz mempertaruhkan single ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ hasil ciptaan komposer hebat, Audi Mok dan penulis lirik terkemuka, Shazee Ishak. Read more →