Tag: menerusi Program Subsidi

(SEMASA) BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound menyampaikan 90 kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi penuh kepada keluarga B40 menerusi Program Subsidi NEXTStep.

Cyberjaya, 8 Ogos 2022 – Program Subsidi NEXTStep telah diperkenalkan pada bulan Mei 2022, atas sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360° yang masih sedang dijalankan, ia bermatlamat untuk memberi tumpuan terhadap kepentingan keselamatan jalan raya bagi kanak-kanak dengan menjadikan kerusi keselamatan kanak-kanak lebih mudah untuk diakses bagi isi rumah berpendapatan rendah.  Sejumlah 90 kerusi keselamatan kanak-kanak telah disubsidi sepenuhnya buat para keluarga dalam komuniti B40 menerusi dana yang dikumpul oleh BMW Group Financial Services Malaysia sepanjang tahun lalu. Read more →