Tag: Musim Pertama Sebagai Platform Untuk 5 Finalist

(HIBURAN) Rockers Pentas Panas Musim Pertama Sebagai Platform Untuk 5 Finalist

Pelancaran Album Digital 1

Cyberjaya, 23 Februari 2016  ­­– Selepas bertarung selama 13 episod, 5 orang daripada rancangan realiti ‘Rockers : Pentas Panas’ berjaya mara ke peringkat akhir! Rancangan yang terbitkan secara eksklusif oleh HyppTV dengan kerjasama KRU Studios Sdn Bhd ini merupakan program realiti TV pertama di Malaysia untuk mencari penyanyi Rock & Roll terbaik yang memiliki “DNA seorang Rocker”. Rancangan ini disiarkan secara eksklusif di HyppSensasi, saluran 116 dan ‘menampilkan penasihat-penasihat berpengalaman dari industri seni tempatan seperti, Ramli Sarip selaku “Otai”, Hunny Madu sebagai pengacara Konsert Mingguan (Rock Chick), Myo sebagai pengacara Jurnal Harian (Der), Tam Spider & Kudsia Kahar selaku juri tetap di konsert mingguan, dan Soffi Jikan sebagai pembimbing peserta (Abang Long). Read more →