Tag: MUSIM

(SEMASA) MUSIM KETIGA FESYENISTA BABY KIKO & KIKO KINI KEMBALI

557245_10151904415820162_1353723510_ngmo

Rancangan yang menarik perhatian ramai tahun lalu, Fesyenista Manja Baby Kiko kini kembali dengan musim ketiga dengan kerjasama jenama Kiko dan diberi tajuk baru iaitu Fesyenista Baby Kiko & Kiko akan menampilkan cabaran yang berbeza. Pada musim yang lalu, penonton sendiri berpeluang merasai cabaran di dalam pertandingan realiti  ini yang mana setiap pasangan terpilih turut diberi peluang untuk bekerjasama dengan selebriti-selebriti popular tanah air yang berperanan sebagai perunding fesyen untuk si manja mereka. Read more →

(HIBURAN) Super Spontan 2013 masuk musim ke 2

IMG_7256

Setelah menobatkan Zizan Razak sebagai juara musim lalu, Super Spontan kembali buat musim ke 2. Super Spontan merupakan sebuah rancangan improvisasi yang di ambil dari rancangan Spontan sebelum ini. Bezanya daripada Spontan, Super Spontan menampilkan 2 kumpulan yang terdiri daripada pelawak dan selebriti. Mereka akan bersaing bagi merebut gelaran juara setiap minggu yang ditentukan melalui undian SMS penonton. Pasukan yang tewas setiap minggu akan memasuki pusingan penyingkiran di mana salah seorang peserta dalam kumpulan yang tewas akan disingkirkan berdasarkan undian daripada setiap ahli kumpulan. Program realiti ini bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna, saluran 132 di dalam pakej Mustika pada setiap hari Jumaat bermula 30 Ogos 2013, jam 10.00 malam dan ditayangkan serentak di Mustika HD (saluran 134). Mengekalkan format asal dan bakal bersiaran selama 10 minggu menampilkan gandingan pengacara baru iaitu penyampai Radio ERA , Ray dan Haniff manakala Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Amir Raja Lawak kekal bertindak sebagai pengulas. Musim baru ini juga turut memperkenalkan Razif Hashim dan Rashid Salleh yang akan menjadi pengurus kepada dua kumpulan bertanding iaitu KETAM KONFIUS dan SEMUT SENTAP. Juara Super Spontan 2013 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Read more →

(SEMASA) PROGRAM ‘INSAF’ KEMBALI UNTUK MUSIM KEDUA

logo Insaf

“Semakin berat kejahilan terpikul di bahu, semakin jauh perjalanan memburu nur-Mu. Sewaktu berlari di padang hidup, kerap kakiku tersadung selirat akar, tubuhku tercalar duri pidana, pada samar kejauhan, ancala mulia makin kabur dan menghilang. Sekadar songsang aksara kata tanpa kembali ke tunjang makna, ‘Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?’ Rabb, moga pintu taubat-Mu terbuka sebelum api dari bara itu menyala.”  Begitu bunyinya bait setiap maksud mendalam sajak MENGINTAI RUANG INSAF nukilan Shukri Abdullah.  Sajak ini membuka minda kita atas persoalan keinsafan yang ada di dalam setiap diri manusia di mana ada tercatat juga cerita di sebalik keinsafan ini. TV3 telah mengembalikan program Insaf untuk musim kedua bersesuaian dengan bulan Ramadan, agar cerita keinsafan ini boleh dijadikan teladan. Read more →