Tag: Muzik-Muzik 34

(HIBURAN) ‘DRAMA’ LAGU TERBAIK MINGGU PERTAMA SFMM34!

SHAH ALAM 15 NOVEMBER 2019. Drama Band menjuarai lagu terbaik pada Separuh Akhir pertama Muzik- Muzik 34 di Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. NSTP/SADDAM YUSOFF

Petaling Jaya, 18 November 2019 – Minggu pertama Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (SFMM34) telah pun berlangsung Jumaat lepas, di mana lagu ciptaan Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib dan Ammar Habir yang berjudul Drama dinobat sebagai lagu terbaik. Namun, ini tidak bermakna lagu nyanyian kumpulan Drama Band ini sudah layak untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34). 12 buah lagu yang berjaya untuk mara ke AJL34 hanya akan diumumkan di minggu terakhir SFMM34. Read more →