Tag: ning baizura\

(HIBURAN) KONSERT PELANGI UNTUK MU – NING BAIZURA DI TUNDA KE 16HB. NOVEMBER

ning1crop

Kuala Lumpur, 15 September 2013 – Konsert yang paling dinantikan, “Konsert Pelangi Untukmu’ dari bintang terkenal Ning Baizura telah dijadualkan pada 21hb. September 2013 terpaksa di tunda tarikhnya kepada 16 November 2013. Ini bersesuaian dengan dua buah lagu baru yang bakal diperkenalkan oleh Ning masih lagi dalam proses rakaman dan bakal dipersembahkan pada malam konsert tersebut. Lagu itu masih dalam proses gubahan untuk memastikan kepuasan yang tinggi kepada para peminat dan pendengar khususnya yang selama ini menantikan buah tangan terbaharu daripada bintang ini. Read more →

(HIBURAN) Sidang Media Konsert Ning Baizura ‘Pelangi Untukmu’

DSC_3935

Ning Baizura, penyanyi bersuara lantang yang tersohor dan sangat terkenal dengan persembahan pentasnya telah pun bergelar seorang ibu kepada seorang bayi yang teramatlah comel. Ning dikategorikan antara penyanyi pop, soul dan R&B wanita terbaik di tanah air. Beliau telah memenangi hati peminat-peminatnya dengan bukan sekadar bakatnya sahaja, tetapi dengan pesonanya yang menyerlah serta sifat baiknya yang sangat dipandang tinggi. Dengan jumlah peminat melebihi 40,000, Ning sememangnya seorang ikon di Malaysia. Setelah penantian sekian lama, Ning akan kembali beraksi di sebuah konsert eksklusif selama 90 minit yang dijadualkan pada 21 September 2013, bertempat di TM Convention Centre. Read more →

(HIBURAN) Pelancaran Album ” Bingkisan Aidilfitri ” & Kemuncak Festival Ramadan 2013

IMG_8631crop

4 Ogos 2013 – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKNN) dengan kerjasama Universal Music hari ini melancarkan album ”Bingkisan Aidilfitri” yang menghimpunkan 15 lagu raya baru bagi meraikan kedatangan Syawal tahun ini. Pelancaran album itu disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Dr Ong Hong Peng dan turut hadir ialah wakil Universal Music Malaysia, Kamaluddin Mohd Kassim. Ketua Pengarah JKNN Datuk Norliza Rofli berkata penerbitan album itu adalah untuk memperkayakan koleksi lagu raya yang diharap berupaya menjadi lagu raya sepanjang zaman seperti lagu dendangan penyanyi Tan Sri P. Ramlee, Saloma dan Sudirman yang wajib didengar setiap kali raya. “Lagu raya lama menjadi satu kewajipan bagaimanapun kami tidak menyerah kalah dan berharap lagu daripada album ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat ekoran kekuatan susunan melodi, muzik yang segar dan lirik yang mudah. “Genre yang ada dalam album ini juga mengandungi  joget, pop, rock alternatif, r&b, kontemporari dan sesetengah lagu mengingatkan kita kepada era 70-an dan 80-an kerana gaya penciptaan komposer yang lahir pada era itu,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran album itu di Dewan Bandaraya di sini hari ini. Read more →

(HIBURAN) ” Ning Baizura ” kembali ke persada seni

IMG_8440Ning Baizura atau lebih dikenali sebagai Ning, telah berada di persada seni tanah air selama 20 tahun. Keistimewaan beliau ialah keupayaan menambat hati penonton dan memberi mereka pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pada sidang akhbar BLUES SKIES & LULLABIES yang berlangsung di Kuala Lumpur ini, pihak Ning memaklumkan kerjasama beliau dengan pihak Universal Music untuk projek-projek akan datang antaranya album muzik untuk kanak-kanak dan video muzik untuk lagu pertamanya ” Pelangi Untukmu ” yang merupakan satu projek inspirasi Ning setelah beliau melahirkan seorang bayi lelaki yang bernama ” Ryan Sky Dalton ” hasil perkahwinan beliau dengan suaminya Chris Dalton. Projek -projek lain untuk tahun 2013 dan 2014 adalah projek album komersial menerusi kerjasama beliau dengan Aylwin Santiago serta filem kisah hidup beliau yang diberi tajuk ” awan terpilu” .
Read more →