Tag: Pelancaran

(SUKAN) PELANCARAN KEMPEN “KAMI TEAM MALAYSIA”

Sempena Piala Suzuki AFF yang bakal berlangsung bermula 24 November hingga 23 Disember ini di Kuala Lumpur dan Bangkok, TV3 dengan kerjasama TM bakal mendukung sebuah kempen diberi nama “Kami Team Malaysia” bagi menyokong pasukan kebangsaan mempertahankan kejuaraan yang dirangkul dua tahun lalu. Kempen “Kami Team Malaysia” telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan iaitu Dato’ Razali Haji Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En. Ahmad Izham Omar di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama. Read more →

(HIBURAN) Majlis Pelancaran Yayasan Artis 1 Malaysia

Tanggal bersejarah 11 November 2012 , Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia,   YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak  di Dewan Merdeka PWTC. Turut hadir ialah Menteri Penerangan dan Komunikasi serta Kebudayaan Malaysia YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim. Hasrat penubuhan YA1M ialah mengembleng seluruh artis tidak kira bangsa , agama dan keturunan dalam industri hiburan ini ke dalam satu organisasi yang berasaskan ekonomi dan kebajikan para artis. Yayasan ini dikemudi oleh barisan ahli jawatankuasa eksekutif yang diketuai oleh Datuk DJ Dave sebagai Presiden. Pada malam bersejarah ini juga, YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan dana berjumlah RM 5 juta selama 2 tahun iaitu RM2 juta untuk tahun ini dan RM3 juta untuk tahun hadapan untuk yayasan ini. Read more →