Tag: Raja Ahmad Alauddin

(HIBURAN) Keputusan Penuh Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL)

IMG_5759crop

Festival drama pertama dan terbesar di Malaysia telah melabuhkan tirainya sebentar tadi. Bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang diadakan buat julung kalinya, anjuran TV3 dan TV9 telah menobatkan drama ‘Love You Mr. Arrogant’ sebagai pemenang pilihan peminat bagi kategori utama iaitu kategori ‘drama pilihan’ disamping turut sama menyapu bersih  dua anugerah lain iaitu Hero & Heroin Pilihan dan Pelakon Lelaki Pilihan. Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) telah dihoskan oleh dua pengacara baru iaitu Sherry Al Hadad dan Zulin Aziz serta disiarkan secara langsung didua saluran media prima TV3 dan TV9. Read more →