Tag: SEMPENA

(HIBURAN) Astro Menghimpunkan 119 Program Menarik Sempena Aidil Fitri

IMG_7698Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pihak Astro dengan berbesar hati meneruskan tradisi dalam menghimpunkan variasi program istimewa khusus buat tontonan semua lapisan penonton. Bertemakan ” Eratkan Jalinan-Satu Ikatan , Ribuan Kemungkinan”. Sebanyak 119 buah program menarik termasuk 37 buah program baru bakal memeriahkan musim perayaan ini di rangkaian 10 buah saluran Melayu Astro yang terpilih. Sepuluh saluran yang bakal menyiarkan programm terbaik itu adalah Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Citra (131), Astro Warna (132), Astro Ceria (611), Bintang (141) dan Pelangi (142). Read more →

(HIBURAN) Parti sempena sambutan tahun baru 2013 bersama BlackBerry Muzik Mania

IMG_1740

Parti sempena sambutan tahun baru 2013 bersama BlackBerry Muzik Mania. Blackberry Malaysia akan mengadakan konsert dan  karnival yang bakal menghimpunkan barisan penghibur  termasuk Sheila On 7, Hujan, Bunkface, Kartel dan banyak lagi! Konsert dan karnival  yang dibuat sempena menyambut  tahun 2013 dikenali sebagai Konsert BlackBerry Mania Muzik dan Carnival. Konsert dan karnival ini dibawakan oleh  Tempus Communication dan bakal berlangsung pada 31 Disember 2012 di Stadium Malawati, Shah Alam. Read more →

(SUKAN) “VIEWING PARTY” THAILAND LAWAN MALAYSIA SEMPENA KEJOHANAN BOLA SEPAK ASIA TENGGARA (AFF) 2012

Seperti sedia maklum, Harimau Malaya gagal ke peringkat akhir di kejohanan bolasepak AFF 2012, namun begitu sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi menjurus kepada penganjuran “viewing party’ oleh pihak Tv3 dan TM.  Sempena kempen ‘Kami Team Malaysia’ kerjasama antara TV3 dan Telekom Malaysia Berhad (TM), “Viewing Party” Thailand lawan Malaysia telah diadakan di Restoran RASTA, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur menampilkan artis popular tanah air, antaranya, Shah Iskandar, Izzue Islam, Fezrul Khan, Alex Yanz, Zalif Sidek, Nad Zainal dan Eina Azman. Read more →