Tag: Shah Iskandar

(HIBURAN) Fear Factor Malaysia

fear fac musim 2

Astro Ria buka peluang orang ramai untuk berganding bahu dengan 16 selebriti tempatan dalam program Fear Factor Malaysia buat julung kali!

Berikutan kejayaan dan penerimaan positif program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia yang ternyata berjaya mencetuskan fenomena baru dalam industri seni hiburan tanah air, pihak Astro Ria selaku Saluran Hiburan Melayu Utama meneruskan usaha dan komitmen dalam membekalkan kandungan program hiburan yang berkualiti dengan membawakan sebuah lagi program hebat di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu Fear Factor Malaysia yang akan memulakan saringan pertama sesi uji bakat secara online bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013. Read more →

(HIBURAN) “Teduhan Kasih” cipta sejarah

IMG_6388Disebabkan sambutan yang begitu menggalakan dan meriah terhadap drama bersiri “Teduhan Kasih’, pihak TV3 telah mengadakan tayangan khas tanpa henti episod akhir drama ini bertempat di RASTA , Sg. Penchala, Kuala Lumpur. Drama bersiri yang dilakonkan oleh Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Talha Harith, Julia Zieglar, Sharisha Chong dan diarahkan oleh Jamal Khan ini  telah mencipta sejarah sendiri apabila menjadi drama bersiri pilihan no 1 dengan catatan penonton tertinggi hampir 2.2 juta penonton (episod 20).  Read more →

(SUKAN) “VIEWING PARTY” THAILAND LAWAN MALAYSIA SEMPENA KEJOHANAN BOLA SEPAK ASIA TENGGARA (AFF) 2012

Seperti sedia maklum, Harimau Malaya gagal ke peringkat akhir di kejohanan bolasepak AFF 2012, namun begitu sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi menjurus kepada penganjuran “viewing party’ oleh pihak Tv3 dan TM.  Sempena kempen ‘Kami Team Malaysia’ kerjasama antara TV3 dan Telekom Malaysia Berhad (TM), “Viewing Party” Thailand lawan Malaysia telah diadakan di Restoran RASTA, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur menampilkan artis popular tanah air, antaranya, Shah Iskandar, Izzue Islam, Fezrul Khan, Alex Yanz, Zalif Sidek, Nad Zainal dan Eina Azman. Read more →