Tag: Syarul Ridzwan

(HIBURAN) Sajian Program Menarik Menyemarakkan Sambutan Syawal di TV3 & TV9

Foto Grup

“Syukur Selalu” merupakan kempen Ramadan & Raya yang sedang rancak berlangsung menerusi rangkaian televisyen Media Prima, TV3 & TV9 dan juga online portal Tonton. Selain program TV yang disediakan khas buat tontonan ramai, kempen ini turut dimeriahkan dengan dua Bazar Syukur Selalu di Temerloh, Pahang (27 Jun) dan Johor Bahru, Johor (4 Julai) serta kunjungan Skuad Syukur Selalu ke bazar – bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang. Read more →

(HIBURAN) “FAJAR AIMAN” GANDINGKAN FARALYNA IDRIS & SYARUL RIDZWAN

Fajar Aiman (5)

Menyusuli “Janji Jaslina”, saksikan drama bersiri terbaharu, “Fajar Aiman” terbitan Suhan Movies yang akan mengisi slot Azalea TV3 bermula 5 Mei 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang. Drama bersiri 20 episod arahan Hashim Rejab dengan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salim membariskan pelakon-pelakon handalan tanah air seperti Faralyna Idris (Nur Fajar), Syarul Ridzwan (Aiman), Farah Ahmad (Erma), Fauzi Nawawi (Suffian), Watie Sadali (Najwa) dan Azhan Rani (Shafie). Read more →

(HIBURAN) Romi Cinta Julia – ‘CINTA PERTAMA TIDAK SEMESTINYA YANG TERINDAH’

Romi Cinta Julia (8)cropgmodrama

Menyusul selepas drama siri ‘Ku Cinta Kau Seorang’ di slot Lestary, sebuah lagi drama rantaian 13 episod berjudul ‘Romi Cinta Julia’ terbitan produksi Creative Skill Solution menampilkan gandingan pelakon-pelakon berbakat iaitu Syarul Ridzwan, Aisya Hasnaa, Aidil Aziz, Aida Aris, Esma Daniel, Leez Rosli dan ramai lagi. ‘Romi Cinta Julia’ merupakan hasil garapan sutradara, Kas Roshan bersama penulis skrip, Nieza Nahar. Read more →