Tag: Tulus

(HIBURAN) Tur SAMA SAMA – Nikmati Pengalaman Tonton Kolaborasi ‘Langka’ 5 Pemuzik Hebat di Idea Live Arena, KL 5 Disember Ini

Saat menutup Tur SAMA SAMA di Bogor pada 24 Mei lalu, salah seorang pemuzik yang membuat pertunjukan muzik ini berlangsung hangat dan menerima sambutan luar biasa telah berjanji. “Khabar baiknya adalah kami akan melanjutkan perjalanan. Kita bakal pergi ke Malaysia,” ujar Tulus tentang Tur SAMA SAMA yang telah berlangsung di empat kota di Indonesia. Malaysia, khususnya di Idea Live Arena akan menjadi destinasi perdana di Kuala Lumpur dan kelima dalam siri Tur SAMA SAMA yang ‘dihidupkan’ lima pemuzik hebat iaitu Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi, Idgitaf. Read more →

(HIBURAN) Majlis Pra-Dengar Album Shila Amzah

IMG_6517

Shila Amzah, penyanyi yang telah membanggakan rakyat Malaysia setelah memenangi pertandingan nyanyian Asian Wave di Shanghai telah mengadakan majlis  pra-dengar album terbaru beliau pada sidang media yang bertempat di Red Box, Pavilion , Kuala Lumpur. Album yang menggunakan judul “ SHILA AMZAH” ini bakal memuatkan 5 buah lagu baru dan 2 buah bonus track. Album ini boleh dianggap sebagai ‘bayi’ sulung buat penyanyi ini kerana beliau terlibat secara langsung sebagai penerbit eksekutif dan secara langsung terlibat secara sepenuhnya di dalam pembikinan dari mula hingga ke proses terakhir. Shila Amzah dibantu oleh Aubrey Suwito dan Helen Yap sebagai penerbit bersama di mana beliau merasa sungguh teruja berkerjasama kembali dengan Helen Yap kerana beliau merupakan orang  yang pertama yang berkerjasama dengan Shila Amzah pd umur 8 tahun. Album ini memuatkan lagu Masih Aku Cinta sebagai single pertama manakala lagu-lagu baru lain antaranya ialah Sedar, Cinta Hati, Tulus, Maaf manakala 2 bonus track adalah Patah Seribu dan Xia Yi Bu (Patah Seribu versi Mandarin). Read more →