Tag: tv3

(SEMASA) 50, 000 PEMINAT PANTAI TIMUR BANJIRI LOKASI JELAJAH BAS #DRAMASANGAT

IMG_6957

Petaling Jaya, 17 November 2015 – Siri ketiga jelajah bas #dramasangat TV3 & TV9 edisi Pahang dan Terengganu telah menggegarkan peminat-peminat Pekan, Kuantan dan Kemaman pada 13 hingga 15 November lalu. Siri jelajah yang masuk edisi ketiga ini telah berjaya menarik 50,000 pengunjung bagi empat lokasi jelajah kali ini iaitu di Dataran Pekan, Berjaya Megamal Kuantan, Dewan Dato’ Sri Amar Diraja, Kemaman dan juga Megalanes Bowling, Kuantan. Read more →

(SEMASA) 4 JUTA TONTON PENTAS AKHIR DA’I MUSIM KETIGA

JUARA- DA'I HAMIDAH

18 Oktober lalu, hampir 4 juta penonton menjadi saksi Da’i Hamidah dinobatkan menjadi juara Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga.  Hanya dengan menjadi dirinya sendiri, Da’i Hamidah kembali mencuri perhatian para juri di pentas akhir Da’i Ahad lalu. Mengungguli dengan pungutan markah keseluruhan sebanyak 85.9%, Da’i Hamidah telah diangkat sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 tajaan TV3, saham PNB berjumlah RM5,000 pakej umrah tajaan Kembara Umrah Travel & Tours, Kembara Ilmu ke Istanbul & Ho Chi Minh, komputer peribadi tajaan Serai Mas dan juga pengalaman bekerja bersama Media Prima Berhad. Da’i Hamidah juga bakal menjadi kolumnis selama 6 bulan dalam Majalah-i, mendapat langganan percuma selama setahun dan menerima sebuah Al-Quran Amazing sumbangan daripada Majalah-i. Da’i Hamidah turut membolot hadiah Da’i Pilihan D’Herbs yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Aliff Syukri, Pengarah Urusan D’Herbs Holding Sdn. Bhd selaku penaja utama bagi musim ini. Read more →

(SEMASA) PERKEMBANGAN KEMBARA MURNI KEMPEN TRAVELLING BERUANG KINI DIKONGSIKAN!

Majlis Penyerahan Sumbangan ke Tabung Travelling Beruang MAKNA

Kempen Travelling Beruang yang dilancarkan sejak Jun lalu telah mendapat perhatian seluruh masyarakat Malaysia menerusi #TravellingBeruang yang diperkenalkan. Apatah lagi kempen itu mempunyai misi murni dalam mengumpulkan dana bagi membantu pesakit kanser kanak-kanak di Malaysia menerusi Tabung Travelling Beruang MAKNA. Read more →

(SUKAN) ‘KICKOFF’ BOLA SEPAK KINI DENGAN GAYA SANTAI

IMG-20150804-WA0008

Dunia bola sepak di Malaysia bakal berubah bermula bulan Ogos ini. Sebuah rancangan bual bicara yang dinamakan Kaki Bola, memaparkan segalanya daripada perbincangan mengulas sedutan-sedutan menarik dari perlawanan-perlawanan yang terbaru hingga temu bual bersama tetamu jemputan yang turut membincangkan perihal bola sepak akan diperkenalkan kepada penyokong setia TV9. Rancangan penghidup semangat bola sepak ini bakal keudara setiap hari Jumaat, pada jam 10.30 malam di TV9 bermula Jumaat, 7 Ogos ini. Read more →

(SEMASA) TV3, AIR ASIA DAN ALTEL TUNAI HASRAT UNGKU ISMAIL AZIZ MENERUSI KEMPEN TRAVELLING BERUANG

IMG_7989

Dari sebuah telemovie ke sebuah kempen besar dan bermakna… itulah permulaan kepada kempen Travelling Beruang anjuran TV3. Pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Akasia: Teman Lelaki Upahan, Ungku Ismail Aziz yang pada mulanya ditawarkan memegang watak seorang ayah yang ingin menunaikan seorang impian kanak-kanak kanser dalam sebuah telefilem TV3. Namun kini ianya bukan sekadar telefilem tetapi bakal mengukir siri perjalanan penuh inspirasi. Read more →