Archive for: May 2020

(SEMASA) INISIATIF AMAL & PROGRAM KHAS KEMPEN SETULUS IKHLAS MENYUMBANG TENAGA DALAM KEADAAN GETIR

Petaling Jaya, 5 Mei 2020 – Suasana bulan Ramadan pada tahun ini pastinya berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini. Namun, ia tidak menghalang kita untuk menyambut bulan Ramadan secara sederhana dan penuh bermakna. Seiring dengan kempen Setulus Ikhlas yang telah dilancarkan pada 19 April 2020, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) telah memulakan beberapa inisiatif amal dan program istimewa bersama dengan rakan-rakan penaja dan organisasi untuk membantu mereka yang terkesan dengan pandemik wabak Covid-19. Read more →

(SEMASA) BELAJAR SECARA ONLINE DI ITTV E-LEARNING SAMPAI PKP TAMAT!

Perpustakaan video epembelajaran (eLearning) ditawarkan iTTV boleh diakses sempena penutupan sekolah disebabkkan PKP yang sedang berlangsung sekarang. Kemudahan ini ditawarkan hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan iTTV Education Sdn Bhd di mana ia menyediakan lebih 3000 video pembelajaran khusus buat murid tahun empat sehingga tingkatan lima. Read more →

(HIBURAN) Bersama Def Jam, MukaRakat lancarkan Single Terbaru Berjudul “N.O.S (Name of Survivors)”

Syarikat rakaman Def Jam Indonesia sekali lagi tampil memberikan yang terbaik untuk peminat muzik hip-hop/rap. Kali ini giliran MukaRakat bagi menunjukkan kemampuan mereka melalui single terbaru berjudul “N.O.S (Name of Survivors)”. Read more →

(SEMASA) PENGHARGAAN BUAT PETUGAS BARISAN HADAPAN MENERUSI “HEROKU” BERSAMA TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Petaling Jaya, 1 Mei 2020 – Sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei 2020 kali ini sangat bermakna dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga perlu diberikan kepada petugas barisan hadapan iaitu pasukan kesihatan dan keselamatan yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga mereka dalam membendung pandemik Covid-19 ini. Pastinya sambutan kali ini memberi impak paling mendalam buat mereka yang telah mempertaruhkan nyawa mereka demi kesejahteraan dan keselamatan kita semua! Read more →