Archive for: November 2020

(HIBURAN) HANNAH DELISHA BAKAL DIKECAM?

Petaling Jaya, 3 November 2020 – Sering disajikan dengan watak yang lemah lembut, Hannah Delisha tidak gentar untuk tampil sebagai antagonis yang bakal dikecam ataupun dibenci oleh warga net. Amani, watak gadis muda yang ingin hidup senang-lenang demi memenuhi impian ‘Cinderella’nya dengan mengahwini lelaki kaya. Sayangnya impian Amani berkecai kerana suaminya hanyalah seorang lelaki biasa. Kesengsaraan yang dialaminya menjadikan dengki terhadap kakak kandungnya semakin membuak-buak sehingga dia sanggup menjadi perosak rumah tangga!      Read more →

(HIBURAN) POOVAA LANCAR SINGLE MELAYU PERTAMA ‘KARYA’

Pernah dipuji oleh penyanyi lagenda antarabangsa, Michael Bolton, kerana bersuara emas dan mempunyai bakat muzik yang kuat terutamanya dalam bidang nyanyian, Poovaa, bukanlah seorang pendatang baru dan telah pun berkecimpung dalam industri muzik Malaysia sejak sedekad yang lalu. Kini, mempertaruhkan bakat nyanyian dan nasib untuk menembusi pasaran tempatan, beliau kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Karya’ yang telah dicipta dan digubahkan khas oleh komposer terkemuka negara seperti Omar K, Shazee Ishak dan Firdaus Ishak. Read more →

(HIBURAN) ‘LARA’ – Tiga Nama Besar Industri Muzik Malaysia – Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli Bergabung Suara Dalam Sebuah Mahakarya Hebat

Buat julung-julung kalinya, dan yang pertama dalam sejarah, tiga nama besar industri muzik Malaysia, Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 2017 dan 2018, Hael Husaini, Juara AJL 2019, Naim Daniel, dan pemenang tempat ketiga AJL 2017, Haqiem Rusli, bergabung suara dan berpadu emosi dalam sebuah mahakarya hebat berjudul ‘Lara’ yang dijangka bakal menjadi fenomena seluruh negara, ditulis dan digubah oleh Hael Husaini sendiri, bersama rakan komposer disegani, MFMF, dan turut mendapat sentuhan daripada Naim Daniel dan Haqiem Rusli. Read more →