Archive for: February 2021

(HIBURAN) PESAN AMIRA OTHMAN DALAM ‘SURAT AKHIR’

Penyanyi, pelakon serta pengacara berimej bersih dan jauh daripada segala palitan kontroversi yang berasal dari Skudai, Johor, Hajjah Nadia Amira Othman atau lebih mesra dengan sapaan, Amira Othman, kembali mewarnai industri muzik tanah air setelah hampir 2 tahun berehat tanpa mana-mana projek solo dengan single terbaharu yang pasti menyentuh kalbu berjudul ‘Surat Ahkir’. Lagu ini ditulis dan melodinya digubah khas oleh saudara beliau sendiri, Syafiq Khan, serta dihasilkan oleh MFMF, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment. Lagu ini juga menjadi “OST” Drama Hebat di inspirasikan dari novel arahan Nur Sharif dan penerbit Micheal Ang yang akan mengisi slot Megadrama Astro Ria setiap isnin -Khamis 10 malam bermula 2 Feb ini Read more →

(HIBURAN) USOP ‘LENYAP’ KE MANA?

Naib Juara Big Stage 2020, anak muda berbakat besar asal Kulim, Kedah dan sering menjadi perhatian kerana sikapnya yang selamba dan adakalanya mencuit hati, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor atau lebih terkenal dengan panggilan Usop kembali mempertaruhkan single terbaharu yang padat dengan emosi dan pasti meruntun jiwa dengan gaya yang lebih suave berjudul ‘Lenyap’. Lagu yang dicipta khas ini adalah kerjasama di antara komposer-komposer terkemuka negara seperti Ja’a, Romal, Karim Karam dan Mike Chan, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment bersama-sama Universal Music Malaysia dengan Faithful Music Publishing. Read more →

(HIBURAN) Joe Flizzow Turun Padang dengan Single Penuh Wawasan,”CIAO”, Menampilkan MK & Jay Park”

“Kita perlukan lagu antem untuk kehidupan seharian kita, ia sudah lama tidak kita miliki. This is the one“- Jika anda Joe Flizzow, setiap lagu adalah manifesto, totem kepada monumen. Joe Flizzow tidak pernah berhenti selepas mencapai kejayaan. Sepanjang tahun yang dilalui di takhta hip-hop Asia Tenggara, Joe telah gunakan untuk mempertajam naluri, pemikiran dan pena. Jadi ketika dia kembali ‘menyerang’, kesannya bergema dan taruhannya, tinggi, amat tinggi. Muncul “CIAO”, lagu pertamanya untuk tahun 2021 dan single utama dari album Johan yang bakal muncul tidak lama lagi keluaran melalui Def Jam Malaysia. Memanfaatkan makna perkataan bahasa Itali itu – “hello” dan “selamat tinggal” – Joe menggabungkan dua suara berwawasan lain dalam permaidani hip-hop Asia, MK dari Malaysia dan Jay Park dari Korea Selatan, untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bencana di tahun 2020 dan bagi mengalukan permulaan baru 2021, dan meraikan semangat ‘hustle’ yang menggerakkan kehidupan seharian kita. Read more →