(HIBURAN) Filem Kolong …Seram Misteri!

9 Oktober 2019 – Bertempat di Mutiara Damansara,  telah berlangsungnya Malam Gala filem Kolong yang di adakan di MMCineplexes ECurve pada sekitar jam 9 malam. Filem yang membariskan pelakon seperti Luthya Suri, Wan Raja, Vanessa Angel, Joey Daud, Annie Arifin, Mamak Putih dan diarahkan oleh Pengarah Zul Abu Kassim akan berada di panggung pada 17 Oktober 2019 ini.

Tajuk filem: KOLONG
Durasi: 85 Minit
Genre: Seram Misteri

Penulis :Elyana Ahmad
Pengarah: ZUL ABU KASSIM (FDAM)
Penerbit: Madness Film & Bentuk Pesona Sdn Bhd.
Barisan Pelakon Utama: LUTHYA SURI, WAN RAJA, VANESSA ANGEL, JOEY DAUD, ANNIE ARIFIN, MAMAK PUTlH

Sinopsis:

Mengisahkan Seri (Luthya Suri) yang terperangkap dalam hutang terpaksa lari dari 2 orang samseng yang memburunya. Di kampong dia cuba mengadai rumah mereka tetapi hasratnya dihalang oleh adiknya Rudy (Izzy Riff) yang menyuruh Seri berkerja dengan Hairi (Wan Raja) yang buta tinggal di sebuah rumah banglo diatas bukit. Di banglo itu Hairi ditemani oleh doctor peribadinya Dr Umar (Joey Daud) dan Citra (Vanessa Angle).

Sebelum ini pembantu yang diambil oleh Hairi hilang secara misteri kerana diganggu roh arwah isterinya Hanna (Annie Arifin) yang mati dalam kemalangan. Hairi menawarkan gaji RM 5,000 sebulan kepada sesiapa yang boleh jadi pembantunya. Seri yang terdesak menerimanya walaupun dia merasa seram ketika berada di rumah itu.

Hairi melarang Seri memasuki bilik di bawah rumah di banglo itu. Menjangkakan disitulah Hairi menyimpan harta, Seri berpakat dengan Rudy dan Putih (Putih Mamak) untuk menyamun Hairi. Di malam kejadian 2 orang samseng yang mengekori Seri telah turut sama memecah masuk ke banglo itu.

Rancangan mereka merompak gagal kerana semua pintu telah terkunci. Kelima-lima mereka cuba mencari ialan keluar. Mereka mahu melarikan diri tetapi terperangkap didalam banglo yang mempunyai seribu misteri serta diburu oleh tuan rumah Hairi.

Berjayakan mereka melepaskan diri ? Apakah kisah misteri yang menyelubungi di rumah tersebut?…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *