(HIBURAN) 1 Lawan 1

1006179_578567555516203_354513938_nFilem 1 Lawan Satu adalah filem aksi sulung dari Pierre Andre dan memaparkan pelbagai jenis aliran mempertahankan diri .Filem ini bakal ditayangkan pada 27 jun 2013 dan dilakonkan oleh para pelakon yang sememangnya merupakan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang mempertahankan diri masing-masing seperti  silat, karate, taekwando, capoiera dan banyak lagi. Antara pelakon-pelakon filem nie adalah Mikail Andre, Azlan Komeng, Along Eyzendy, Didie Firdaus, Fiza Kadir, Khatijah Tan dan ramai lagi.

1 lawan 1small

Sinopsis :

Setiap pahlawan ada ceritanya… Begitu juga SALEH dan RADHI, dua orang ‘pahlawan’ yang berasal daripada latar belakang dan dunia yang berbeza namun berjumpa dan bertempur dalam satu arena. SALEH dibesarkan dengan ilmu mempertahankan diri yang penuh di dada warisan terunggul keluarganya. Kehilangan adiknya, SALEHA telah menyebabkan ayahnya melepaskan SALEH pergi untuk membawanya pulang semula ke pangkuan keluarga mereka. Berbeza dengan hidup RADHI yang berlawan demi menyelamatkan nyawa adiknya, SARA yang sedang sakit tenat. RADHI boleh menahan sebarang hentakan pada badannya asalkan duit sebanyak RM50 ribu berjaya dikumpulnya demi pembedahan SARA. Kehadiran SALEH ke Bandar telah menemukannya dengan NORA, kawan kepada SALEHA. Namun SALEHA masih tidak ditemui. NORA dengan rela hati membantu SALEH mencari SALEHA sehingga jumpa. Ketangkasan dan keazaman RADHI telah menyebabkan OMAN, mengupahnya untuk berlawan untuknya. RADHI yang terdesak kerana memikirkan keadaan SARA menerima tawaran OMAN. Perjalanan SALEH dalam mencari SALEHA juga membawanya kepada OMAN yang telah membeli SALEHA dan mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur jika SALEH melawan. Tanpa mereka sedari, SALEH dan RADHI telah digunakan oleh OMAN untuknya mengaut keuntungan dalam perlawanan Malaysian Super Fighter 2012. Satu demi satu perlawanan terpaksa RADHI dan SALEH hadapi demi menyelamatkan nyawa adik masing – masing. Takdir menentukan yang dua orang pahlawan hebat ini bertemu di satu arena. Setiap tumbukan dan sepakan yang mereka terima akan menentukan nasib SALEHA dan SARA. Namun mereka sedikit pun tidak berputus asa dan berlawan sehabis mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *