(HIBURAN) 12 LAGU KE ANUGERAH JUARA LAGU 36

Spread the love

Akhirnya penantian peminat muzik tanah air berakhir selepas keputusan 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 36 diumumkan pada malam ini.

Muzik Muzik 36 Separuh Akhir dimeriahkan oleh NOIR Where Beauty Blossom sebagai penaja utama dan menampilkan Oppo sebagai penaja bersama. Dihoskan oleh Alif Satar dan Sissy Imann, 30 buah lagu telah bersaing di Muzik Muzik 36 Separuh Akhir yang bersiaran secara langsung pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 dari Studio 1 Glenmarie, Shah Alam. 

Episod pertama diserikan dengan persembahan istimewa daripada Zynakal, Lia Aziz, Asyraf Nasir, Muss dan Drama Band manakala episod kedua dirancakkan dengan nyanyian hebat daripada Margaswata (Yang Asli), Estranged (Itu Kamu), dan juara Lagu Cinta Kita Musim Ketiga iaitu Syafeek dan Zazo (medley Haram/Bagai Cahaya). 

Barisan juri profesional Muzik Muzik 36 Separuh Akhir diketuai Datuk Mokhzani Ismail dan disertai oleh Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan dan Altimet.

Para peminat muzik tanah air juga boleh mengundi lagu kegemaran mereka dalam kedua-dua episod separuh akhir ini dengan mengimbas QR Code yang tertera sewaktu siaran langsung. Pemenang Lagu Pilihan Noir (Nafas Cinta) diumumkan di hujung rancangan pada 1 Januari 2022 telah memenangi set eksklusif Noir dan hadiah wang tunai sebanyak RM500.00.

Berikut ialah 12 buah lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 36:

LAGU PENYANYI KOMPOSER PENULIS LIRIK
MIMPI HAQIEM RUSLI HAQIEM RUSLI & DATO A.AIDA  HAQIEM RUSLI & DATO A.AIDA 
SEPI AINA ABDUL AINA ABDUL AINA ABDUL & WAN ZAKARIA
NAFAS CINTA KHAI BAHAR & AINA ABDUL KHAI BAHAR & AINA ABDUL AINA ABDUL & WAN ZAKARIA
BONEKA ERNIE ZAKRI OMAR K,IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMAT OMAR K,IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMAT
PURNAMA  NAIM DANIEL AMZAR RAZQA & NAIM DANIEL AMZAR RAZQA
PELUKAN ANGKASA SOG X SHILA AMZAH RAJA NAZRIN SHAH FAZLEENA HISHAMUDDIN
INTAN PAYUNG NORANIZA IDRIS & BUNGA LUCA SICKTA, BUNGA & AMZAR RAZQA BUNGA & SIQMA
SALAHKU  YONNYBOII YONNYBOII YONNYBOII
AEWO SHIHA ZIKIR FT NOKI EZRA KONG EZRA KONG & NOKI
LARA HAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI HAEL HUSAINI & MFMF HAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI
ANGKARA SITI NORDIANA SHARON PAUL FEDTRI YAHYA & NANA ALIAS
CINTA MARSHA MILAN BUNGA CANTIK & HANG NADIM HANG NADIM

Muzik Muzik 36 Separuh Akhir diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Sharizan Razalii sebagai penerbit. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia Gunakan #SFMM36 #RoadtoAJL36 dan #CantikDenganNoir untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. 

-Tamat – 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *