(HIBURAN) ABANGSAPAU TAMPIL BERANI DENGAN SINGLE DEBUT ‘hahaha’ BERSAMA DEF JAM SOUTH EAST ASIA

7 Mei 2021, SINGAPURA – Artis Singapura ABANGSAPAU muncul dengan single pertama bersama Def Jam South East Asia dengan lagu rap baru yang berani berjudul “hahaha”. Lagu yang dihasilkan oleh Prodbydan, menandakan permulaan baru bagi rapper dwibahasa ini dimulakan dengan rangkap yang penuh dengan maksud tersirat, ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris. 

Judul lagu ini bukan bermakna ketawa besar, tetapi kenyataan berani, yang akan membuat pendengar terfikir apabila lagu ini berakhir: “Ini bukan rap, ini macam ucapan dasar”. Bagi ABANGSAPAU, perjalanan seninya bermula dari studio buatan sendiri di rumah ke pentas besar TEDx Singapore dan Perarakan Hari Kemerdekaan Singapura 2020. Dengan “hahaha”, dia menaruh harapan tinggi kerana dia mahu seluruh Asia sedar akan kewujudannya.

ABANGSAPAU bergerak mengikut rentak 808 sendiri dengan mesej: Jangan jadikan cabaran itu sebagai batu penghalang tapi anggap ia sebagai batu loncatan.

“hahaha” mempersendakan status quo, yang dilihatnya sebagai batasan bukan hanya dalam dunia rap, tetapi juga dalam kehidupan sehariannya. “Ada yang ingin menang dan berjaya melalui sistem yang sedia ada, bertepatan dengan status quo. Ada yang lain memperjuangkan perubahan dan menolak status quo,” katanya. “Di dalam lagu ini, saya mempersoalkan tentang status quo sama seperti saya mempersoalkan tentang diri saya sendiri.”

“hahaha” juga mempersendakan persepsi cetek mengenai kejayaan dalam dunia hip-hop, yang mana semuanya diukur dengan statistik media sosial dan pembinaan jenama. Dia rumuskan hal ini dengan ayat pedas: “Ku banyak dengar” “do it for culture” (buat untuk budaya), half of y’all really do it for the gram” (tapi anda semua sebenarnya buat untuk posting di media sosial). Tetapi, sebelum anda rasa kata-katanya itu berniat membunuh, rentak yang bertukar menggambarkan bahawa kata-kata itu bukan didorong oleh ego, tetapi oleh hati.

Dalam rap, dia bercerita tentang seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang mempunyai keinginan untuk melepaskan diri dari kitaran kebiasaan keluarganya. Keinginannya untuk melibatkan diri dalam dunia seni lebih kuat dari keinginan untuk memiliki pakaian mewah – hanya kain sarung arwah datuknya yang dia perlukan – dan mencipta jalan ceritanya sendiri, tanpa mengambil kira tentang populariti.

Dalam satu rangkap, dia meletakkan komunitinya dekat dalam fikirannya. Dia menyentuh tentang keluarga yang meneruskan kelangsungan hidup di pangsapuri studio sewa ketika dia sibuk bekerja siang dan malam. “Pagi sekolah … malam studio / We got families living in studios (Kita ada keluarga yang tinggal di studio) / Those are my ‘what am I doing this for? (Itulah sebab mengapa aku buat semua ini).” ABANGSAPAU bukan berkarya untuk membuat lagu yang akan akhirnya dilupakan  atau berkenalan dengan selebriti – dia melihat perjalanan ini sebagai satu platform untuk membuat perubahan melalui seni.

Video muzik lagu tersebut, di bawah arahan Island Boys, menggambarkan kehidupan selebriti yang sibuk – mengikut turutan kerap membuat perjalanan untuk kerja, meraikan pihak akhbar dan seumpamanya. Namun, dia mendapat ketenangan di taman kejiranan. ABANGSAPAU mungkin sudah bersedia untuk pentas yang lebih besar lagi, tetapi keyakinan diri yang mendorong untuk dia terus maju. Ini ditonjolkan dalam pesanan akhir dalam video: “Jika anda tidak ada keyakinan terhadap diri anda sendiri, tidak ada orang lain yang akan.”

Dengan “hahaha”, ABANGSAPAU menetapkan pegangannya yang teguh seperti mana patutnya untuk debut label utama. Dia sudah berjaya – bukan kerana dia percaya bahawa dia sudah mencapai kejayaan, tetapi kerana dia telah membebaskan dirinya dari belenggu itu. Kini, di awal pembabitannya dengan Def Jam, dia mahu orang lain mengikut jejak langkahnya.

“hahaha” kini boleh didapati di semua platform striming. Video Muzik rasmi akan dilancarkan pada jam 9 malam SGT malam ini.

Mengenai ABANGSAPAU

ABANGSAPAU adalah artis hip hop Melayu-Sikh berusia 22 tahun yang tidak gentar untuk mencabar batasan muzik tempatan. Dikenali kerana memakai kain sarung, ABANGSAPAU tegar dalam mempertahankan dan mewakili budaya dan etniknya dalam kerjaya seninya. Dalam masa setahun penglibatannya dalam dunia seni, rapper yang bermula dengan ‘gig underground’ ini kini berjaya membuat persembahan di Perarakan Hari Kemerdekaan Singapura 2020 dan konsert Mediacorp’s 2020 New Year’s Eve Countdown. Pada bulan Februari 2021, ABANGSAPAU muncul dalam Kempen Fiesta Jenama LazMall Lazada yang dilancarkan di seluruh negara.

ABANGSAPAU ingin memberi makna baru dalam arena rap Asia Tenggara, memberi inspirasi yang unik dan menonjolkan keperibadiannya kepada pendengar. Artis hip hop ini mengutamakan kejujuran ketika menulis lagunya – kisah lampau dan masa kini dijalin bersama dengan satu misi: untuk mencipta muzik yang sesuai dan dapat menambahbaik komunitinya. Rapper dan penulis lagu ini telah maju selangkah dari tahun lalu dari memberi ucapan di TEDx Talk kepada menandatangani kontrak dengan Def Jam Singapura. Artis yang berbakat besar dan serba boleh ini ingin menghasilkan lagu yang luar dari kebiasaan “hip hop”. ABANGSAPAU menulis tentang cinta, kesedihan, dan kejayaan, sambil mengingatkan peminat hip hop bahawa seni rap dan penceritaan itu memberi makna besar bukan sekadar untuk mengejar kemasyhuran atau untuk kepuasan diri sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *