(HIBURAN) Abubakarxli Muncul Dengan Single Penuh Makna Berjudul ‘NiNiNi’ Sebagai Pengenalannya di Def Jam Asia Tenggara

Spread the love

Kini bernaung di bawah Def Jam Asia Tenggara dan dijangka menjadi bintang hip hop terkenal, anak kelahiran Ipoh, penyanyi rap Abubakarxli ‘mahukan segalanya’ lewat lagu terbaru berjudul ‘NiNiNi’, selaku single pertamanya dengan label tersohor itu.

 
Diterbitkan oleh rakan sesyarikat SonaOne, ‘NiNiNi’ mengambil retorik sentiasa berusaha dalam budaya hip hop dan menyimpulkannya dengan cara ala Malaysia. “What I want, Imma get,” (Apa yang aku mahu akan aku dapat) laung Abubakarxli dengan loghat jalanannya dalam Bahasa Melayu yang membezakan nyanyian rapnya dengan penyanyi lain. “Be it later or sooner, I want everything.” (Lambat laun aku mahukan semuanya)
 
Tetapi jangan salah faham, ia bukanlah cara pemikiran toksik ‘I got mine; you get yours’ (aku ada aku punya, kau dapat kau punya).
 
“Tiada yang mustahil untuk dikecapi dalam dunia ini selagi kita berusaha dan bersikap kental menempuhi tiap rintangan dan cabaran yang datang,” kata Abubakarxli tentang lagunya yang memperkukuhkan pesanan kesedaran-diri dan bukan tentang kekejaman dunia di sebaliknya. “Jangan lupa untuk meraikan apa yang telah diraih dalam hidup tetapi tetaplah merendah diri,” sambungnya, “Lebih baik bercita-cita tinggi daripada sekadar bermimpi sahaja.”
 
Namun aspirasi tersebut ada bahayanya dan ia dipaparkan dalam video muzik ‘NiNiNi’ di bawah Denhouse Productions. Menginterpretasikan dengan bahasa visual bertemakan drama jenayah Melayu, video muzik buatan sendiri dan pengenalan Abubakarxli kepada budaya rempit dalam hip hop, terdapat satu paras keaslian dalam cara Abu menyalurkan bunyi dan imejnya yang bersuara tempatan, satu kualiti yang jarang ada pada hip hop Malaysia.
 
‘NiNiNi’ hanyalah sedikit pengenalan kepada apa yang bakal ditonjolkan oleh Abubakarxli melalui Def Jam Asia Tenggara. Jangkakan kehebatan irama tempatan dan hip hop jalanan yang sudahpun membuatnya menjadi pilihan unggul dan bakal bergelar bintang serantau. Lagipun, Abubakarxli sentiasa sentiasa dapat apa yang dia mahukan – dan dia mahukan segalanya.
 
TENTANG ABUBAKARXLI
 
Abubakarxli mula dikenali dalam dunia hip hop seperti penyanyi-penyanyi rap lain yang celik-internet dan muncul selepas 2010 – dengan caranya sendiri melalui Youtube, media sosial dan sebuah identiti unik yang ada pada dirinya. Di usia 23 tahun berbekalkan caranya yang suka melakukan segala-galanya sendiri telah menyaksikan pelancaran himpunan karya-karya terdahulunya di bawah Perintah Records miliknya sendiri, dan video muzik yang menggambarkan imaginasi demografik rakyat Malaysia yang jarang dikaitkan dengan hip hop, iaitu sub-budaya rempit. Berserta kisah tema-Wilayahnya, ciri-ciri anak tempatan inilah yang membawanya ke Def Jam Asia Tenggara dan tidak lama lagi dengan sokongan syarikat rakaman akan mendorongnya menjadi bintang serantau yang tersohor.

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *