(HIBURAN) AKASIA TV3 bakal mempersembahkan sebuah karya hebat ‘Rindu Bertamu Di Abu Dhabi’

Spread the love

IMG_5276

Selepas FENOMENA drama  ‘Setia Hujung Nyawa’, slot drama TV3, AKASIA bakal mempersembahkan sebuah karya hebat terbitan Zeel Production menerusi drama rantaian ‘Rindu Bertamu Di Abu Dhabi’ bermula 11 Februari 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang.

IMG_5268

Drama bersiri 28 episod yang diarahkan oleh Mazri Mustafa menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fahrin Ahmad, Dato’ Rahim Razali, Tasha Shila, Fouziah Gous, Shahrizal Jaszle, Aiman Hakim Ridza, Lidyawati, Syatila Melvin, Kismah Johar, Elyssa Murni, Abdul Rahman Suud dan ramai lagi.

Mengisahkan tentang Firdaus (Fahrin Ahmad) yang telah membawa diri ke bumi asing di Abu Dhabi akibat sebuah fitnah ke atasnya. Kejadian tersebut bukan sahaja menghancurkan kepercayaan Haji Ilham terhadap anaknya, Firdaus malah juga memisahkan dua hati yang bakal disatukan. Firdaus terpaksa memutuskan talian pertunangan dengan Fatin (Fouziah Gous) dan meninggalkan keluarganya. Selama 5 tahun, Firdaus hidup tenang di sisi isterinya, Ain (Tasha Shila) dan bakal menerima cahaya mata pertama tetapi hatinya sering terusik dengan kenangan silam. Apakah kebenaran akan terbongkar dan Firdaus akan diterima semula oleh Haji Ilham?

abu dhabismall


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *