(HIBURAN) ALIFF DALAM 7 DIMENSI DALAM BENTUK NOVEL GRAFIK! – ‘Pertembungan Dua Kuas, Siapa Pemenangnya?’

 

Pelancaran grafik novel Aliff Dalam 7 Dimensi

KUALA LUMPUR, 27 April 2016 – Novel Grafik terbaharu yang diadaptasi dari sebuah filem terbitan Astro Shaw yang berjudul ALIFF DALAM 7 DIMENSI akan membawa anda kembali ke zaman remaja protagonis Aliff yang masih sedang bergelut dengan hidupnyanya.

Novel grafik yang berjudul Aliff Dalam 7 Dimensi ini telah mendapat sentuhan karya idea Tadatada. Menariknya, grafik lukisan Solar Team ALIFF DALAM 7 DIMENSI terbitan KADOKAWA GEMPAK STARZ ini akan berada di pasaran seluruh Malaysia mulai bulan Mei 2016.

Bersama-sama melancarkan novel grafik  ALIFF DALAM 7 DIMENSI adalah pengarah filemnya Faisal Isyak, produser filem, Anwari Ashraf dan pelakon utamanya, Izzue Islam. Kerjasama di antara Kadokawa Gempak Starz dan Astro Shaw dalam menerbitkan novel grafik yang diadaptasi dari filem ini merupakan kali kedua, selepas novel grafik The Journey, Great Day dan Woohoo pada tahun lalu.

SINOPSIS

Mengikuti Aliff yang baharu sahaja mewarisi Saka peliharaan keluarganya, dia menemui cabaran besar dalam bentuk Zul, seorang remaja yang memiliki kuasa seirasnya berikutan permintaan tolong gadis bunian, Farah. Dalam usahanya untuk menjadi lebih kuat, Zul dan Saka miliknya bukan sahaja menewaskan tetapi makan mahkluk² ghaib demi mendapatkan kuasa mereka.

Bimbang Zul akan menjadikan manusia sasaran seterusnya, Aliff bergegas untuk menghentikannya! Malangnya, Aliff yang masih mentah kalah dan kehilangan Sakanya pula. Tanpa kuasa Saka, mampukah Aliff menghalang Zul yang semakin dahagakan kuasa?

Tadatada

Kartunis berpengalaman yang telah memenangi beberapa anugerah untuk siri² komiknya; antaranya Best Plot Award – Mandarin Comics Society Malaysia (2013) bagi “Hello Mei Mei” & Best Comic for Kids – Golden Dragon Award, OACC (2013) untuk “Good Morning Teacher!”. Antara judul lain hasil Tadatada adalah “Good Morning Teacher!”, “Monster Girl” dan “Jejak Libasan Jaguh”.

Solar Team

Little, Fishball dan Ryan bersertakan Tadatada merupakan anggota kumpulan kartunis 4 orang ini. Little telahpun mencipta namanya dengan karya siri “Lawak Syabu-Syabu’ dan ‘XVENTURE” Misteri Si Ikan Duyung” manakala Fishball serta Ryan adalah penolong kartunis Tadatada yang setia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *