(HIBURAN) “ANGKARA #PUKAUDANCECHALLENGE, NETIZEN MENGAMUK JIKA BUDAK BAJU KUNING DITERIMA SEBAGAI PEMENANG”

“PUKAU”, taruhan kedua Naufa untuk berkongsi bakatnya ke dalam industri muzik tanah air. Naufa atau nama penuh beliau Nor Fatihah binti Taib, merupakan pemenang tempat ketiga rancangan TV3 Malaysia iaitu Lagu Cinta Kita 1 yang berjaya melahirkan sebuah keluarga melalui program tersebut.

Tampil dengan genre pop dangdut, lagu dan lirik daripada El Hadam (Media Asia Production Sdn Bhd) ini mengisahkan tentang unsur nasihat kepada gelaran suami di luar sana. Perwatakan Naufa sebagai seorang gadis yang menarik perhatian. Bahasa kasarnya seseorang yang boleh membuat orang tergoda dengan kecantikannya. Disini, menggambarkan mana-mana lelaki yang “mata keranjang” pantang melihat wanita cantik diluar sana walaupun sudah berumahtangga.

Beliau berharap lagu ini diterima pendengar dan menyokong permulaan beliau untuk mengembangkan bakat di persada seni. Pelbagai usaha dijalankan bagi mempromosikan single ini, bukan mudah bagi beliau untuk memenangi hati orang ramai. Dengan mencuba nasib untuk menjadikan single ini diketahui ramai, beliau menghasilkan satu content money contest video dari aplikasi Tiktok iaitu #pukaudancechallenge.

Mengejutkan, salah seorang peserta merupakan seorang remaja perempuan yang pernah tular dengan satu video daripadanya yang dikenali sebagai “Budak Baju Kuning”. Remaja tersebut telah menghasilkan sebuah video tarian di laman aplikasi Instagram milik beliau lalu video tersebut telah tular ke aplikasi Tiktok milik @idunnolahhh sehingga meraih 1.4 juta jumlah tontonan. Oleh kerana itu, timbulnya kontrovesi sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati daripada netizen seandainya pihak penganjur memilih beliau sebagai pemenang.

Netizen menunjuk perasaan tidak puas hati dengan menyerang serta ugut di ruang komen Instagram milik sebuah syarikat rakaman yang merupakan penganjur pertandingan tersebut. Selain itu, syarikat rakaman juga telah menerima pesanan melalui Direct Message daripada netizen agar tidak memilih remaja perempuan tersebut.

Kejadian ini agak membimbangan pihak penganjur dan juga pihak penyanyi, namun pihak penganjur mengharapkan sokongan yang positif dan berharap netizen tidak melakukan perkara yang merbahaya dan memberi kesan negatif kepada orang lain. Pihak penganjur juga berterima kasih kepada mereka yang sudi menyokong dan menyertai pertandingan ini.

Kenali Naufa :

1. Tempat kedua dalam Pertandingan Nyanyian Solo Jalan-jalan Sepahtu Sinar Johor tahun 2016
2. Juara Kategori Duet “Jalan-jalan Sepahtu Sinar Ipoh Perak tahun 2017
3. Finalist Top 5 RTM Bintang P Ramlee dan Saloma tahun 2014
4. Tempat ketiga Rancangan TV3 Duet Lagu Cinta Kita tahun 2019
5. Pernah berlakon dalam Cerita Hantu Malam Raya

Follow Naufa Instagram:
– naufatieha.co
– naufaoffical
Facebook : Naufa Tieha
Youtube : Naufa Tieha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *