(HIBURAN) Anugerah MeleTOP ERA

Spread the love

ERA meletop

Sekali lagi, pihak-pihak pemain utama industri hiburan di Malaysia memperkenalkan majlis anugerah baru. Dengan lambakan majlis anugerah di dalam industri hiburan ini, adakah ia mampu menaikkan martabat artis-artis di Malaysia ? Bertempat di BEAST, Ground Floor, The Intermark 182, Jalan Tun Razak, pihak Astro telah mengadakan sidang media dan pelancaran Anugerah Meletop ERA, di mana tiga selebriti popular iaitu Nabil, Neelofa dan Dato’ AC Mizal bakal digandingkan sebagai pengacara buat pertama kalinya Anugerah Meletop ERA yang akan berlangsung pada 8 Februari 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil. 

TOP_6046

Anugerah ini bertujuan untuk meraikan dan mengiktiraf artis-artis tempatan serta hasil karya seni mereka yang merangkumi beberapa bidang seperti muzik, filem, drama, radio dan digital. Sebanyak 16 kategori diperkenalkan menerusi anugerah ini antaranya Lagu Meletop, Penyanyi Meletop, Kumpulan Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Baru Radio Meletop, Filem Meletop dan Bintang Filem Meletop. Turut diperkenalkan Program TV Meletop, Bintang TV Meletop, Bintang Siber Meletop, Couple Meletop, Artis Baru Meletop, Fesyen Meletop selain Artis Serantau Meletop manakala pemenang 2 anugerah utama iaitu Top Top MeleTOP untuk dua kategori iaitu Lelaki dan Wanita dipilih berdasarkan selebriti yang menerima jumlah undian tertinggi di kalangan calon 5 terbaik. Bagi pencalonan awal, pihak penganjur menyenaraikan nama 20 pencalonan bagi setiap kategori untuk membolehkan lima daripadanya tersenarai pada peringkat akhir.

TOP_6047

Undian fasa pertama untuk memilih lima terbaik dibuka dengan cara undian secara dalam talian bermula 10 Disember 2013 hingga 10 Januari 2014. Untuk mengundi kategori pilihan anda, sila layari laman http://meletop.com.my/ dan https://www.facebook.com/MyMeleTOP. Anugerah Meletop ERA ini akan disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) serta disiarkan serentak di Maya HD dan Astro Hitz.


Spread the love

Comments are closed.