Lagu APA KHABAR ciptaan JOE FLIZZOW & SONAONE nyanyian bersama JOE FLIZZOW & SONAONE telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 29 yang dipancarkan secara langsung di TV3 dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Juara AJL29 ini menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 dan trofi. Pemenang ditempat kedua iaitu SHILA AMZAH yang menyanyikan lagu ciptaan beliau sendiri berjudul MASIH AKU CINTA membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi manakala tempat ke tiga dimenangi oleh DI PINTU SYURGA nyanyian DAYANG NURFAIZAH ciptaan TAM (SPIDER) dan IMAN IMRAN membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi.
Bagi kategori vokal terbaik dimenangi oleh DAYANG NURFAIZAH dan persembahan terbaik pula milik kumpulan MOJO dengan penampilan istimewa CALIPH BUSKERS masing-masing membawa pulang hadiah wang RM12,000. AJL29 tahun ini memilih tema “Gema dalam Muzik” yang mengangkat asas muzik sebagai tema gilang-gemilang pertandingan pada kali ini.
Dihoskan oleh AG dan Scha Al-Yahya, Anugerah Juara Lagu ke-29 dipancarkan oleh PAMOGA dan Qu Puteh sebagai penaja utama serta serta Nu Sentral selaku penaja bersama AJL29.