(HIBURAN) BAHANG SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK 36 KINI BERMULA! 

Petaling Jaya, 21 November 2021 – Muzik Muzik, sebuah program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia bakal memulakan pusingan separuh akhir untuk edisi yang ke 36 pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022. 

Hari ini, Muzik Muzik 36 yang dihoskan oleh Alif Satar dan Sissy Imann telah mengumumkan 10 lagu pertama yang layak mara ke pusingan separuh akhir. Suasana studio turut dimeriahkan dengan artis jemputan iaitu Baby Shima dan Naim Daniel. Jangan ketinggalan pengumuman 20 buah lagu pada episod seterusnya iaitu 28 November dan 5 Disember nanti. Secara keseluruhan, 30 buah lagu Muzik Muzik 36 bakal bertanding di pusingan separuh akhir. 

Berikut ialah SENARAI 10 LAGU PERTAMA MUZIK MUZIK 36 YANG BERJAYA MARA KE SEPARUH AKHIR:

LAGU PENYANYI KOMPOSER PENULIS LIRIK
1 BUJANG HAEL HUSAINI HAEL HUSAINI / MFMF HAEL HUSAINI / MFMF
2 CINTA JANGAN PERGI AZZAM SHAM ASFAN SHAH ASFAN SHAH & FEDTRI YAHYA
3 CHIKADUN FLOOR 88 ZAI HAMZAH  ACHOI FLOOR 88 
4 CORETAN PILU  DATO’ AWIE  IKHWAN FATANNA & WAN SALEH  IKHWAN FATANNA & FEDTRI YAHYA
5 LENYAP USOP A’A, ROMAL, KARIM KARAM & MIKE CHAN  A’A, ROMAL, KARIM KARAM & MIKE CHAN 
6 MIMPI HAQIEM RUSLI HAQIEM RUSLI & DATO A.AIDA  HAQIEM RUSLI & DATO A.AIDA 
7 PENAT  ANDI BERNADEE  NURIMAN, ANDI BERNADEE, EFRY ARWIS  NURIMAN
8 PURNAMA  NAIM DANIEL AMZAR RAZQA & NAIM DANIEL AMZAR RAZQA
9 RINDU SEPARUH NYAWA  NAQIU & VANESSA NAQIU, WIT & MOHSEN  SITI ROSMIZAH
10 SALAHKU  YONNYBOII YONNYBOII YONNYBOII

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *