(HIBURAN) “BERSAMA BINTANG” MEMPERKENALKAN BARISAN ARTIS-ARTIS BARU ALIBI MUSIC.

Spread the love

IMG_6990

Alibi Music telah berdiri sejak lima tahun lalu. Pada awal 2010 Alibi Music dilancarkan secara rasmi dengan Konsert Kosmik yang membariskan 18 artis naungan syarikat rakaman tersebut.

“Sejak perasmian tersebut Alibi Music telah melancarkan puluhan album, single dan video muzik. Artis-artis Alibi Music juga turut silih-berganti. Antara kejayaan besar Alibi Music adalah hits dari Sixth Sense, The Fabulous Cats, Imran Ajmain, membawa penyanyi antarabangsa Anggun keMalaysia dan memperkenalkan penyanyi sensasi Indonesia Afgan”. kata Ferhard Ahmad, Pengarah Urusan Alibi Music.

“Dua tahun kebelakangan ini, perniagaan agak muram, industri muzik mengalami penurunan digital download jadi kami terpaksa downsize dan restructure. Walau bagaimanapun tahun lalu kami sempat rilis beberapa single dan satu mini-album ketuhanan dari Muadz, terbitan Noe dari kumpulan Letto”. katanya.

Perubahan tersebut nampaknya berhasil, kini Alibi Music kembali aktif, hari ini bertempat di Galeri Seni, Universiti Malaya Kuala Lumpur, Alibi Music memperkenalkan barisan artisnya iaitu Mafarikha Akhir (Vokal Bukan Sekadar Rupa), Lokman Aslam, Fresh Music Group (FMG), Ayish Mentor, Muadz, Delisha, Andy A Merican dan terbaru Wana MyStarz LG.

IMG_7002
MAFARIKHA AKHIR
Mafarikha yang bakatnya dicungkil menerusi program terbitan TV3, Vokal Bukan Sekadar Rupa bernaung di bawah Alibi pada April 2013, sudah pun melancarkan single pertamanya berjudul Derhaka yang turut mendapat sambutan memberangsangkan dari peminat di Singapura.

 “Saya tidak sangka lagu Derhaka mendapat sambutan hangat di Singapura sedangkan di negara sendiri lagu tersebut tidak mendapat perhatian. Derhaka tersenarai dalam carta teratas di radio Singapura iaitu Ria FM. Alhamdulillah, mungkin rezeki saya lebih di sana (Singapura).” katanya lagi.

Mafarikha akan muncul dengan single kedua yang diciptanya sendiri. berjudul “Tolong”. Lagu ini juga menjadi lagu tema drama Cerita Cinta Kita yang sedang ditayangkan diTV3.


LOKMAN ASLAM
Bintang kelahiran One In A Million yang berusia 27 tahun ini kini popular dengan lagu Aku Cinta Padamu. Belum popular seperti artis lain namun Lokman percaya masaya akan tiba jua suatu hari nanti. Langkahnya ke arah kejayaan sudah pun bermula apabila Lagu Aku Cinta Padamu dipilih untuk menyerikan kempen iklan produk kecantikan Fair & Lovely dan menjadi siulan ramai apabila ia ditayangkan di kaca TV mahupun di laman YouTube sejak penghujung tahun lalu.

“Saya menyifatkan pembabitan saya dalam menjayakan iklan Fair & Lovely ini merupakan platform terbaik buat saya. Semuanya berlaku tahun lalu apabila saya diminta untuk datang membuat demo lagu ini di dalam bilik khas.” katanya.

AYISH MENTOR

Penyanyi ini memiliki nama penuh Muhammad Faris Mohamed Razali mula mengembangkan bakat seni suaranya selepas menyertai program Mentor.

Single pertamanya berjudul Hanya Dalam Hati ciptaan Puja Paska dari kumpulan Tilu telah dirilis awal tahun ini dan diikuti dengan single kedua selepas Hari Raya nanti.

“Saya berharap single kedua saya berjudul Terlalu Cepat akan mendapat tempat dihati peminat muzik. Tambah lagi lagu ini ciptaan Hamid Mufari, komposer yang mencipta lagu hit Aizat Hanya Kau Yang Mampu”. kata Ayish.


FMG (FRESH MUSIC GROUP)
Mengetengahkan muzik hip hop dan bergerak secara underground, tiga anak muda ini menamakan kumpulan mereka FMG (Fresh Music Group) dan semua lagu nyanyian mereka adalah ciptaan sendiri.
FMG diangggotai Muhammad Fizree Mohd Ibrahim (Fizree), 27, Aswar Fadly Mihat (Ash), 32 dan Muhammad Syafiq Abdul Wahab (Clad), 26. Menurut Fizree, lagu mereka tidak berteraskan hip hop semata-mata tetapi diadun dengan muzik R&B, balada dan irama Malaysia.

“FMG mahukan kelainan dan kerana itulah kami lebih selesa menyanyikan lagu ciptaan sendiri kerana hanya kami saja yang tahu kehendak dan cita rasa kami. FMG baru saja merakamkan single pertama berjudul Lumrah Dunia memperkenalkan Anne Farina AF8.” kata Fizree.


MUADZ
Penyanyi ini tidak asing di kalangan penggiat lagu nasyid dan dakwah tempatan. Di samping menyanyi, dia juga berkebolehan dalam pengacaraan TV, pengacara majlis, motivator dan tutor. Kini, Mu’adz bernaung di bawah Alibi Music dan dia adalah penyanyi lagu kerohanian pertama yang diuruskan label itu. Bersama Alibi, dia bukan saja dapat menghasilkan single pertama malah berpeluang digandingkan dengan komposer dan vokalis terkenal seberang iaitu Noe dari kumpulan Letto.  Penampilan Mu’adz berlandaskan muzik  genre “quiet storm soul music: (dalam Bahasa Inggerisnya) iaitu genre “alunan muzik tiupan nurani” yang temponya tenang.

 

ANDY A. MERICAN
Andi A. Merican, penyanyi R&B yang pernah menganggota kumpulan Infinatez, kini melancarkan single ketiga dan terbaru berjudul Tenangkanku.
Andi A. Merican, penyanyi RnB bekas kumpulan Infinatez, kini melancarkan single ketiga dan terbaru berjudul ‘Tenangkanku’. Beliau yang sebelum ini telah merakamkan lagu dengan Altimet dan juga Mimi One Nation Emcees, bercadang untuk menghasilkan lagu bersempena dengan bulan Ramadhan. Andi A. Merican, yang hampir setahun menyepi kerana ingin lebih fokus pada perniagaannya berkata;

“Tenangkanku masih lagi mengekalkan elemen R&B. Cuma perbezaannya adalah mesej dan lirik yg disampaikan lebih spiritual agar mampu dihayati pada bulan puasa.”
Tambah beliau lagi,“Lagu ini berentak balada, bukan nasyid. Saya cipta lagu ni bukan saja untuk pendengar tapi untuk diri saya sendiri. Kami sebagai pemuzik selalunya memang mendengar lagu orang. Dan kami cipta lagu untuk peminat dengar. Tapi bila saya bersedih, saya perlukan lagu untuk saya sendiri hayati. Jadi saya terus mendapat idea untuk mencipta lagu untuk diri saya dengar kalau saya dilanda kesedihan.”


DELISHA
Kumpulan ini dianggotai dua gadis iaitu Hannah Adlina Blackburne–Birch, 18 dan Fatin Ameerah, 20. Delisha membawa single pertama mereka berjudul “Retak”.

Kedua-duanya berasal dari Singapura.Hannah meminati bidang muzik seawal usianya 5 tahun dan darah seninya itu diwarisi daripada ibunya seorang penyanyi profesional lewat tahun 80-an. Meningkat remaja Hannah semakin aktif menyanyi bersama kumpulan koir di Sekolah Menengah Dunman dan pernah menang Gold With Honour.

Fatin Ameerah atau Mia minat menjadi rappers sejak umurnya 8 tahun apabila adik-beradik dan rakan-rakannya menubuhkan kumpulan rappers WDC. Meningkat remaja Mia menubuhkan kumpulannya sendiri, G-Femininz dan dia pernah berkolaborasi dengan kumpulan Ahli Fiqir untuk lagu Angguk Angguk Geleng Geleng.


WANA
Bakat yang dilahirkan menerusi program of Mystarz LG 2 adalah anggota terbaru Alibi. Dia yang bernama penuh Noriezuana Syed Shafudin lahir pada 23 Mei 1986. Wana pernah muncul dalam pementasan teater di Johor Bharu iaitu Muzikal Hijrah (2004), teater muzikal Suara Suara Mati (2005), teater muzikal Si Bongkok Tanjung Puteri (2006), teater Tun Teja di Muara (2007).Pengalaman lain, pernah menjadi peserta Akademi Fantasia 6 (2008 – Top 25) dan Jangan Lupa Lirik Astro (2008) serta berlakon dalam drama Raya Raja Lawak Astro (2) (2008). Wana akan melancarkan single terbarunya berjudul Jikalau Kau Tau selepas Hari Raya nanti.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *