(HIBURAN) BUAT JULUNG KALI DI MALAYSIA, FESTIVAL MUZIK & AIR TERBESAR OUT OF THE WORLD MENAMPILKAN ARTIS TEMPATAN & ANTARABANGSA

Spread the love

 

KUALA LUMPUR, 6 MEI 2023 – Menggabungkan pelancongan, seni, budaya dan hiburan, acara yang dinanti-nantikan pada tahun ini, Out of The World (OOTW), iaitu festival muzik dan air yang pertama dan terbesar di Malaysia akan dianjurkan pada 26 Mei 2023 (Jumaat) hingga 28 Mei 2023 (Ahad) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dianjurkan oleh Genesis Entertainment Sdn. Bhd. (Genesis Entertainment), sebuah agensi strategi global, rekaan pengalaman dan penerbitan, acara tersebut berinisiatif untuk memberi pengalaman hiburan luar biasa dan memangkin industri pelancongan tempatan. Acara yang mempunyai tarikan taman tema dengan harga yang berpatutan tersebut dijangka akan menarik ramai pelancong dari seluruh dunia.

Dengan keluasan 2 ekar (87,120 kaki persegi), OOTW akan menghiburkan para pengunjung dengan persembahan daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa seperti:

DOLLA INSOMNIACKS SHERRY ALYSSA
VGENE MARDIANA CLAUDIA TAN
RESORT CHUKIESS & WHACKBOII NAHSYK
MIDNIGHT FUSIC LOST SPACES
TY:DEL JOVYNN
RIESA ANNE REXX FONG
HAN XIIAO AII韩晓嗳 JE
JOVYNN NYK

Tambahan lagi, OOTW turut menampilkan pelbagai aktiviti seperti taman tema air bertingkat, kolam dan gelongsor air pemetaan unjuran AI, paparan kesenian, bazar makanan, laluan cabaran dan banyak lagi, kepada para pengunjung untuk menikmati hiburan yang menyeluruh, mengasyikkan dan seronok beserta pengalaman kebudayaan.

Pengarah Kanan (Domestik & Acara) Tourism Malaysia, En. Iskandar Mirza bin Mohd Yusof berkata, “Ianya mengujakan untuk menyaksikan badan korporat di Malaysia membawa inisiatif untuk mempromosi gabungan pelancongan, budaya dan hiburan. Inisiatif seperti ini merupakan kunci untuk menjana permintaan antarabangsa terhadap acara seperti ini dan memacu perbelanjaan di dalam sektor pelancongan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam penganjuran festival Out of The World, yang menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk belajar dan membangun dalam bidang ini. Saya percaya Malaysia mempunyai potensi untuk menerajui acara berkaliber tinggi seperti ini dan ingin menyaksikan lebih banyak acara seumpama ini pada tahun 2023.”

Dengan acara seumpama ini, Genesis Entertainment mensasarkan untuk meletakkan penanda aras di Asia Tenggara dengan penganjuran acara yang unik yang menampilkan kepelbagaian dalam pelancongan, seni, budaya dan hiburan. Tambahan pula, seramai lebih 30,000 orang pengunjung dijangkakan akan menghadiri acara ini, menepati sasaran untuk menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, dengan meningkatkan perbelanjaan pelancongan dan festival tersebut sebagai tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Genesis Entertainment Sdn. Bhd., En. Lens Chan berkata, “Ianya satu kebangaan untuk memainkan peranan dalam inisiatif ini, kerana kami percaya ianya merupakan tanggungjawab kami sebagai sebuah jenama tempatan untuk mempertingkatkan industri hiburan dan pelancongan di Malaysia. Kami di Genesis Entertainment mejangkakan untuk melangkaui semua jangkaan tentang festival Out of The World pada tahun ini, dan setiap tahun yang akan datang, demi memaparkan Malaysia sebagai negara yang mampu membangunkan projek dan inovasi yang berkualiti kepada dunia.”

Inisiatif ini turut mengembangkan pasaran pekerjaan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dalam industri hiburan dan pelancongan. Genesis Entertainment teruja untuk menyambut para pengunjung dari seluruh dunia untuk mengalami apa yang Malaysia mampu tawarkan. Tiket-tiket festival muzik dan air Out of The World boleh didapati di sini bermula hari ini, dengan tawaran pelbagai pakej.

PEMBELIAN AWAL
PASS 1 HARI PASS 3 HARI
SEORANG RM238 RM638
4 ORANG RM918 RM2,478
10 ORANG RM2,188 RM5,868
HARGA NORMAL
PASS 1 HARI PASS 3 HARI
SEORANG RM338 RM918
4 ORANG RM1,308 RM3,538
10 ORANG RM3,138 RM8,488

*Harga tiket termasuk Kostum edisi terhad & pistol air (untuk 1000 pembelian pertama)

*Harga tiket boleh berubah dari masa ke semasa

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ootw.asia/

 

###


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *